TEMPATAN
Zeekr 001-Kereta Elektrik Berkuasa 536HP Di Bawah Geely Bakal Lancar Oktober Ini
Zeekr jenama di bawah syarikat konglomerat Geely memperkenalkan kenderaan pertama mereka Zeekr 001 yang digelar sebagai “world’s first mass produced pure electric shooting brake".
Zeekr 001 adalah versi pengeluaran model konsep Lynk & Co Zero diperkenalkan tahun lalu dan dibangunkan dengan slogan tiada lagi kenderaan elektrik yang membosankan.

Perubahan lain termasuklah sensor baharu pada fender depan dan bar lampu belakang yang dikemas kini dan lencana Zeekr menggantikan nama Lynk & Co. Dari segi saiz model itu memiliki panjang 4970mm dan jarak roda (3005 mm). Ini bermakna kenderaan tersebut lebih panjang 8mm dari Porsche Taycan dan jarak roda 104mm lebih panjang.

Berasaskan platform SEA Geely, Zeekr 001 memiliki dua motor elektrik yang menawarkan pacuan semua roda menggabungkan output 536 hp dan tork 700+Nm. Ini membolehkan kenderaan tersebut memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj.

Zeekr 001 bakal dilancarkan di China pada October depan dan syarikat berkenaan dalam proses membangunkan rangkaian wakil jualan yang mana tahun ini dua flagship Zeekr bakal ditawarkan.

Must-Watch Video