HIBURAN
Persiapan Hari Bahagia Dah 80 Peratus, Neera Azizi Mengaku Gementar - “Gaun Idaman Dah Siap, Tapi…”
Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi memaklumkan persiapan majlis perkahwinannya kini sudah mencapai hampir 80 peratus.
Menurut Neera atau nama sebenarnya Nurazneera Azizi, 27, meskipun kebanyakan persiapan sudah berjalan lancar, dia masih belum menganggap semuanya selesai sepenuhnya.
“Setakat ini, nak cakap dah 80 peratus siap. Tapi macam orang kata, selagi kita belum bayar penuh, selagi belum 100 peratus settle, memang akan rasa macam tak lengkap lagi,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Tambahnya, walaupun segala persiapan berjalan dengan baik, perasaan gementar tetap dirasai lebih-lebih lagi menjelang hari istimewanya.
“Nervous tu memang ada, tapi pada masa sama excited pun ada. Yang paling tak sabar sebab saya rasa wedding dress dan majlis semua, Alhamdulillah dapat bina party macam yang saya nak,” katanya.
Sekadar info, penyampai radio Rakita itu telah mengikat tali pertunangan hanya selepas beberapa bulan berkenalan dengan dengan jejaka yang juga mutawif dikenali sebagai Hafizi pada 26 Oktober 2024.
Must-Watch Video