gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kecoh Wanita Kahwin Dengan Jenazah
HIBURAN
Fitri Haris Dedah Wajah Anak, Pilih Nama Adwa Qalbi - “Puteri Kecil Ini Membawa Erti…”
BERITA
Nenek 92 Tahun Lakukan 200 Tekan Tubi & 100 Bangkit Tubi Setiap Hari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Afiq Sky Syukur Ke Final Walaupun Diuji Masalah Suara - “Saya Bukan Siapa-Siapa, Hanya Seorang Busker”

gempak
Mya Amri
13/06/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Afiq Sky Syukur Ke Final Walaupun Diuji Masalah Suara - “Saya Bukan Siapa-Siapa, Hanya Seorang Busker”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Afiq Sky meluahkan rasa syukur dan sebak apabila berjaya melangkah ke pentas akhir bersama rakan seperjuangannya yang lain meskipun diuji dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan suara sebelum persembahan.

Berdepan dugaan suara hilang

Berkongsi mengenai cabaran yang dihadapi, Afiq berkata tekanan mula dirasai apabila suaranya tiba-tiba hilang beberapa hari sebelum konsert separuh akhir berlangsung.

“Saya rasa sebak sangat sebab tak sangka boleh sampai ke final bersama dengan abang-abang yang lain.

“Saya bukan siapa-siapa dan saya bermula pun hanyalah sebagai seorang busker. Bagi saya sampai ke pentas akhir ini adalah rezeki.

“Punca saya berasa sebak ketika diumumkan ‘to be continued’ pada ketika itu adalah kerana saya terkenang situasi sebelum konsert bermula.
“Sebenarnya saya berdepan dengan cabaran di mana saya berasa sedikit tertekan kerana kehilangan suara beberapa hari sebelum konsert,” katanya ketika ditemui Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN:#GempakVideoNews : Awienit Tak Ambil Hati, Afiq Sky Lebih Layak Terima Imuniti X

ARTIKEL BERKAITAN:#GempakVideoNews : Afiq Sky Akui Tertekan Dapat Masuk Separuh Akhir Big Stage Alpha

ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Perbezaan Yang Cukup Ketara! Syafinaz Selamat Dedah Sebab Beri Imuniti X Kepada Afiq Sky, Singkirkan Allan Andresn

ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Dikritik Kurang Menyerlah, Afiq Sky Tekad Buktikan Kemampuan - “Tiada Istilah Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Afiq Sky Nafi Terkena Buatan Orang, Anggap Sakit Disebabkan ... - “Saya Rasa Tak Ada Pun"

Tak patah semangat

Bagaimanapun kata Afiq, situasi itu tidak mematahkan semangatnya untun terus memberikan persembahan yang terbaik.

“Untuk persembahan berkumpulan, memang saya dapat merasakan yang Alpha Ultra ini hebat cuma saya tidak dapat memberikan tenaga seperti sebelum ini kerana suara saya hilang dan itu membuatkan saya sedikit tertekan.

“Lagi pun saya targer untuk minggu separuh akhir sekurang-kurangnya dapat top 3, tapi tidak mengapa. Dapat melangkah ke peringkat akhir pun saya rasa bersyukur sangat,” ujarnya.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Busker
#Final
#Big Stage Alpha
#Afiq Sky
Must-Watch Video