VIDEO
Terdengar Bunyi Siulan, Guru Berdiri Atas Meja Tendang Kepala Pelajar
Seorang guru sebuah sekolah menengah di Demak, wilayah Jawa Tengah menerima kecaman ramai selepas dirakam menendang kepala anak muridnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Tendang pelajar
Kejadian berlaku di SMP Negeri 1 Karangawen pada Rabu.Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @matajateng menunjukkan guru lelaki itu berdiri di atas meja seorang pelajar sambil melontarkan beberapa soalan dengan nada tinggi.
Dia kemudian menendang kepala pelajar terbabit yang dikenali sebagai G, secara berulang kali.
Menurut kakak mangsa, situasi itu tercetus apabila guru berkenaan terdengar bunyi siulan di dalam kelas dan menuduh adiknya sebagai pelaku.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Dia perlu dipecat dengan segera!” kata seorang netizen.
Sumber: Kosmo Online!
Must-Watch Video