,
Laman Utama

"Zaman Saya Dulu, Kalau Bergelek Tak Ada Pun Orang Label Lucah" - Ani Mayuni

Izwan Isa
25/05/2023
07:50 MYT
Penyanyi dan penghibur Any Mayuni bersetuju dengan dakwaan mengatakan ada segelintir penyanyi dangdut yang kerap menghasilkan kandungan media sosial sehingga mengundang kecaman netizen.
Ani, 44, berkata, kandungan-kandungan yang mengundang cemuhan tersebut mungkin dihasilkan demi menaikkan engagement serta menambah bilangan pengikut di alam maya.
“Memang ada sebilangan penyanyi dangdut yang sengaja buat content untuk undang kecaman. Sebab zaman sekarang ni zaman content, sehinggakan buat content untuk dimaki, kemudian jadikan diri seolah-oleh victim.
“Salah itu pada diri tuan empunya badan. Zaman saya dulu, kalau bergelek pun tak ada pun orang label sebagai lucah. Saya rasalah, mereka buat content sebab nak raih perhatian, pengikut sehingga terpaksa buang content murah.
“Bagi saya tak perlulah buat demikian sebab saya sendiri menjual kerjaya sebagai seorang penyanyi,” katanya kepada Gempak.
Ani berkata demikian pada sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Bercerita mengenai Konsert Goyang Asia Koplo Milenia, Ani turut berkongsi rasa gembira kerana ada penganjur yang sudi untuk menganjurkan konsert untuk para penyanyi dangdut. Apa yang menarik, konsert Ani bakal disertai dengan penyanyi dangdut dari Malaysia dan juga Indonesia.
“Dah 20 tahun juga tiada konsert… sebab selama ni hanya persembahan biasa sahaja. Jadi, apabila ditawarkan untuk menyertai konsert ini, saya berasa sangat teruja.
"Pada konsert itu nanti, saya akan bawakan tiga buah lagu dan akan ada satu lagu baharu yang akan saya persembahkan,” katanya.
Selain Ani, konsert yang bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara pada 12 Ogos depan itu turut menampilkan Baby Shima serta barisan penyanyi dangdut popular dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.
Tiket-tiket bermula pada harga RM168.32 boleh didapati di ticket2u.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bienda Syukur Hajat Arwah Adik Nak Tunai Umrah Tercapai - “Sampai Menangis Masa Tahu Nak Cancel…”

gempak
01/04/2024
08:55 MYT
Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Hiburan

Sheeda Masih Tak Stabil Selepas Pemergiaan Anak Ketiga - “Mama Rasa Sunyi Sangat Tanpa Alin Tapi…”

gempak
01/04/2024
06:55 MYT
Al-fatihah untuk arwah anak Sheeda.
Laman Utama

“Orang Tu Ke Bagi Rezeki Dekat Saya?- Baby Shima Anggap Kecaman Sebagai Ujian, Mahu Terus Perjuang Dangdut

gempak
13/09/2023
00:55 MYT
Baby Shima anggap kecaman sebagai ujian.
Laman Utama

Dikecam Suka ‘Bergelek’, Fasha Sandha: “Tak Perlu Malu Untuk Jadi…”

gempak
23/08/2023
00:55 MYT
Fasha memang suka menari.
Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Siapa Nak Tengok Muka Ketat” - Ajai Makin Sporting! Aksi Bergelek Dengan Rina Rupanya Spontan

gempak
03/07/2023
06:45 MYT
Love la Ajai, sporting habis.