HIBURAN
Tak Tiup Lilin Ketika Birthday, Netizen Respect Tindakan MK K-Clique - “Padam Guna Tangan Je…”
Tindakan penyanyi rap, MK K-Clique yang tidak meniup lilin ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 baru-baru ini mencuri perhatian netizen.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram Story, kelihatan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan meraikan hari istimewanya dalam suasana sederhana bersama keluarga dan kenalan rapatnya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah cara MK memadamkan api lilin kek hari jadinya iaitu bukan dengan meniup seperti kebiasaan, sebaliknya hanya dia menggunakan tangannya.
“Respect tertengok IG Story MK. Sebab tak semua orang tahu dan buat. Dia tak tiup pun, malah ambil air liur pastu padamkan api lilin tu,” tulis seorang pengguna di media sosial.
Aksi itu turut mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen, dengan ramai menganggap tindakan MK itu sebagai sesuatu yang jarang dilakukan, malah menunjukkan kepekaan dirinya terhadap isu-isu agama dan budaya.
Sebagai info, tidak terdapat hadis sahih yang secara khusus melarang perbuatan meniup lilin. Namun, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang hukum meniup lilin ketika menyambut hari jadi.
Ada yang mengharamkannya atas alasan menyerupai amalan kaum lain, berdasarkan sebuah hadis: “Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.”
Namun begitu, sebahagian ulama berpandangan bahawa perbuatan meniup lilin hanyalah adat biasa dan tidak termasuk dalam hal yang diharamkan secara jelas.
Must-Watch Video