HIBURAN
Bukan Anugerah Dibeli, Uqasha Senrose Bangga Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin - "Adik Ipar Ada Bisnes & Sumbangan..."
Pelakon, Uqasha Senrose menegaskan darjah kebesaran dan pingat Pahang yang diterima oleh adik iparnya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid bukanlah anugerah yang dibeli.
Menurut Uqasha, sumbangan suami kepada Nelydia Senrose dalam bidang perniagaan mungkin merupakan salah satu faktor dia menerima darjah kebesaran tersebut.
“Sebenarnya yang dapat datuk itu suami dia jadi secara automatik dia dapat gelaran Datin. Saya ada baca macam-macam komen orang kata belilah apa semua.
“Apa yang saya boleh cakap kat sini adalah dia memang ahli perniagaan dan adik ipar saya mempunyai pertalian dengan kerabat Terengganu. Dia ada bisnes dia dan ada sumbangan. Kalau nak beli dah lama dia boleh beli,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, sebagai ahli keluarga, Uqasha akui bangga dengan pencapaian adik iparnya itu dan tumpang gembira dengan berita baik yang diterima oleh adiknya sekeluarga.
“Mestilah bangga, adik saya Datin,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, pelakon Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur selepas suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid disenarai sebagai salah seorang daripada 58 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Melalui entri dimuat naik di Instagram (IG), Nelydia atau nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkongsi ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan atas limpah perkenan Al-Sultan Abdullah mengurniakan darjah kebesaran buat suami tercinta.
Mohd Hafez yang juga Pengerusi Fezka Holdings Sdn Bhd disebut sebagai antara individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.Must-Watch Video