gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Bukan Dalam ‘Plan’, Rayme Tak Sangka Alpha Berlari Naik Pentas - “Saya Hanya Fikir…”
HIBURAN
Tak Mungkin Kembali Bersama, Hafiz Suip Kongsi Punca Bercerai Dengan Bekas Isteri - “Kami Berdua Dah Cuba Tapi…”
HIBURAN
Elliza Razak Dedah Minat Nine Sejak Remaja, Netizen Harap Ada Jodoh - “Doa Yang Baik-Baik”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

PU Syed Tegur Nama Kumpulan Dolla, Gaya Berpakaian Didakwa Mencolok Mata - "Tak Pelik Kalau Ramai Berpakaian Seolah Telanjang"

Amri Hassan
Amri Hassan
29/07/2025
05:30 MYT
Sponsor Banner
PU Syed Tegur Nama Kumpulan Dolla, Gaya Berpakaian Didakwa Mencolok Mata - "Tak Pelik Kalau Ramai Berpakaian Seolah Telanjang"
PU Syed sekali lagi menyuarakan teguran terhadap kumpulan penyanyi wanita Dolla serta penampilan artis dan pempengaruh tanah air yang disifatkan tidak menjaga batas berpakaian sebagai umat Islam.
Menurutnya, nama Dolla sendiri pernah ditegur sekitar setahun lalu kerana menyerupai perkataan Arab “ضل” (dolla) yang bermaksud sesat. Ejaan ini, katanya, jika ditulis menggunakan huruf ض dan ل memang membawa makna yang tidak elok.
“Nama Dolla, bunyi macam ‘ضَل’. Dan ternyata, hampir sama dah…,” tulis PU Syed di media sosial.
Teguran yang pernah dibuat sebelum ini dianggap seperti mencurah air ke daun keladi, kerana tidak diendahkan.
Malah, PU Syed turut menegaskan perlunya pihak berkuasa bertindak lebih tegas dalam menguatkuasakan etika berpakaian khususnya kepada golongan artis dan pempengaruh Muslim.
Katanya, gaya mencolok mata yang sering dipertontonkan kepada umum memberikan contoh buruk kepada masyarakat dan peminat, hingga tidak pelik jika ramai mengikut gaya yang bertentangan dengan syariat.
“Mereka dah tunjuk contoh buruk. Tak pelik kalau makin ramai berpakaian tapi seolah-olah bertelanjang,” tulisnya lagi.
PU Syed juga menyentuh kekangan sebagai lelaki dalam menegur artis wanita secara terbuka, kerana teguran sering disalah anggap sebagai berniat tidak baik.
“Biarlah ustazah yang tegur. Nanti kalau lelaki yang tegur, dikata kita tengok mereka,” katanya.
Isu-isu sebegini menurutnya sering dimaklumkan oleh netizen yang tidak selesa dengan kandungan tidak senonoh di media sosial.
PU Syed menggesa agar pihak berautoriti lebih cakna terhadap perlakuan yang boleh mencemarkan nilai agama, serta berharap masyarakat lebih peka dalam memelihara maruah diri dan ummah.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Seksi
#PU Syed
#Pakaian
#Tegur
#DOLLA
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement