Berita
“Walau Apa Juga Kisah Disebalik Perceraian, Biarlah Hanya…”- Fasha Sandha
Pelakon Fasha Sandha menegaskan perceraian antaranya dan Rizal Asharam atau Jejai tidak membataskan mereka untuk memberi sepenuh kasih sayang kepada kedua-dua anak mereka.
Malah, apa yang hanya mereka mahukan adalah untuk melakukan yang terbaik demi anaknya Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3.
Menurut Fasha, anak-anak mereka masih kecil dan mereka tidak sepatutnya dibebankan dengan masalah perceraian yang dihadapinya.
“Penceraian~ tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak2 kecil yang tidak berdosa, agar anak2 membesar dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.
“Walau apa juga ‘kisah’ di sebalik penceraian sesebuah rumahtangga biarlah hanya untuk pengetahuan orang dewasa kerana anak2 tidak sepatutnya tahu tentang permasalahan,kerana minda mereka tidak berupaya untuk memikirkan tentang masalah,” tulisnya.
Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fasha turut memuat naik fotonya bersama Jejai dan anak mereka.
Kenyataan yang diberikan Fasha itu telah mendapat pujian daripada peminat dan rakan artis.
Rata-rata kagum dengan pendirian Fasha sebagai ibu yang cuba memberi kebahagiaan sebaiknya buat anaknya.
Must-Watch Video