HIBURAN
Viral 'Drama' Diva AA Pijak Beg, Aliff Syukri; "Aku Tak Nak Saman Sebab Kau Tak Ada Duit"
Usahawan dan pempengaruh sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengakui kecewa dan terkilan dengan tindakan selebriti kontroversi, Diva AA yang didakwa memijak beg tangan jenamanya secara terbuka.
Jelas Aliff, tindakan itu bukan sahaja keterlaluan, malah sepatutnya boleh diselesaikan secara bersemuka tanpa perlu memalukan sesiapa.
“Jujur, ini bukan gimik. Saya tengah dalam kempen Malaysian Book of Records untuk jualan beg terpantas, tapi badan tak sihat, anak-anak pun demam.
"Bila tengok dia pijak beg saya, terus hilang semangat. Kalau tak suka saya, jumpa terus... bukan main tuduh saya scammer atau penipu,” katanya ketika ditemui di acara jualan langsung promosi beg jenamanya, di Masjid Jamek Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam nada kesal, Aliff turut meluahkan perasaan geramnya terhadap tindakan Diva AA yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
“Aku tak maafkan, sampai mati aku akan cari kau. Tapi nak saman pun tak guna, sebab aku tahu kau tak ada duit. Jangan acah-acah pijak maruah orang kalau diri sendiri pun belum tentu betul.
"Cakap keturunan aku tak elok, macam keturunan kau tu maksum sangat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi mengenai kempen terbarunya untuk mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records menerusi jualan produk paling pantas secara langsung di media sosial.
Sebagai penghargaan kepada sokongan pengikut, Aliff turut mengedarkan jeruk mangga dan tudung percuma sepanjang kempen tersebut. Malah, sekiranya berjaya, sebahagian hasil jualan itu akan disumbangkan kepada anak-anak yatim.
“Kalau impian ini tercapai 3 Ogos nanti, saya akan sedekahkan sebahagian hasil kepada anak-anak yatim. Itu janji saya sebagai tanda syukur,” katanya.
Must-Watch Video