HIBURAN
Shazia Rozaini Akui Tak Mudah Jadi ‘Damia’ - “Berkerusi Roda Agak Membataskan Saya…”
Pelakon, Shazia Rozaini mengakui tidak mudah untuk membawakan watak Damia dalam drama Di Sebalik Reda.
Watak mencabar
Menurut Shazia, antara cabaran yang dilalui adalah dari segi fizikal kerana watak itu merupakan orang kelainan upaya (OKU).“Watak Dania merupakan seorang yang sangat beremosi dan banyak buat hal jadi saya kena selalu fikirkan cara untuk menyampaikan lakonan ini kepada penonton walaupun terbatas dari segi pergerakan,” katanya kepada Gempak.“Berkerusi roda agak membataskan dari segi lakonan, kerana itu merupakan satu perkara yang saya tak pernah buat selama ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Dikatakan Bingit Bawa Watak Dalam Di Sebalik Reda, Shazia Rozaini Tak Kisah - “Damia Memang Layak Dibenci”
ARTIKEL BERKAITAN:Adam Lee Hanya Ada Seminggu Untuk Dalami Watak Taufiq Dalam ’Di Sebalik Reda’ - “Saya Memahami & Mengenali…”
ARTIKEL BERKAITAN:‘Di Sebalik Reda’ Paparkan Konflik Adik-Beradik, Siti Khadijah Cuba Selami Watak Darlina - “Saya Fahamkan Dialog & Berkenalan…”
Adam Lee, Siti Khadijah tak lokek ilmu
Dalam pada itu, mengulas mengenai keserasian bersama dua rakan lakonnya dalam drama tersebut iaitu Adam Lee dan Siti Khadijah, Shazia berkata mereka banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya.“Malah saya juga bersyukur digandingkan dengan mereka kerana mereka berdua tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya,” ujarnya.“Adam dan Siti sangat sporting, mereka selalu berbincang untuk memberikan hasil yang terbaik bagi setiap babak.
Saksikan Di Sebalik Reda setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105).
Drama ini juga boleh ditonton di Astro One dan sooka.
Must-Watch Video