gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dulu Kerap Buat Content Bersama Kini Sepi, Rumah Tangga Pempengaruh Popular Didakwa Goyah
HIBURAN
Netizen Tegur Pakaian Tak Sesuai Imej Bertudung, Ananda Natasha Ucap Terima Kasih - “Insya-Allah Kita Akan Labuhkan Lagi”
BERITA
Tak Tahu Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Antara Alasan Popular - JPJ
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend S-Line, Menggigil Baca Ramai Buka Aib - “Nampak Seperti Gurauan, Hakikatnya Bawa Kerosakkan Akhlak & Maruah”

Mya Amri
Mya Amri
23/07/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend S-Line, Menggigil Baca Ramai Buka Aib - “Nampak Seperti Gurauan, Hakikatnya Bawa Kerosakkan Akhlak & Maruah”
Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun, tampil memberikan teguran berhubung trend terkini yang tular di media sosial, dikenali sebagai ‘S-Line’

Trend yang buka aib sendiri

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook, Ustazah Asma’ menyuarakan kegusaran terhadap fenomena ini.
Menurut ustazah Asma’, trend ini bukan sekadar gurauan kosong, malah merupakan satu bentuk penzahiran dosa yang dinormalisasikan secara terbuka.

“Menggigil baca… Anak-anak muslim kita dengan sengaja menjatuhkan maruah dan melondehkan aib sendiri di hadapan ribuan mata. “Bahkan, lebih sedih, ramai yang menyebar dan meniru tanpa rasa bersalah, seolah-olah ia hanyalah hiburan biasa.

“Dahsyatnya fitnah akhir zaman! Maksiat dan dosa bukan lagi disembunyikan, bahkan ditayang, disebar dan dibanggakan dengan alasan ikut trend.
“Sedangkan perbuatan membuka aib, berbangga dengan dosa dan menormalisasikan maksiat adalah Haram serta dilarang keras dalam Islam, bahkan mengundang murka dan bala Allah. Na‘uzubillahi min dzalik.
“Trend S-Line ini nampak seperti gurauan ringan, tapi hakikatnya membawa kerosakan yang besar kepada akhlak dan maruah,” tegasnya.

Ibu bapa tolong peka dengan tingkah laku anak

Dalam pada itu, ustazah Asma’ juga menyelar sikap segelintir pihak yang menjadikan dosa sebagai bahan hiburan dan kebanggaan.
Malah, ustazah Asma’ menggesa agar ibu bapa lebih peka terhadap tingkah laku anak-anak di dunia digital.

“Tuan Puan, duhai Ibu Ayah, guru-guru pantaulah anak-anak kita, jangan terlalu longgar memberi akses kepada dunia digital tanpa bimbingan. “Nasihat dan doa kita adalah benteng utama agar mereka tidak terjebak dalam arus yang merosakkan.

“Para guru, jangan jemu menegur. Teguran yang kecil hari ini mungkin menyelamatkan satu jiwa esok hari.
“Duhai anak-anak muda Muslim, jangan gadaikan maruah diri hanya kerana ingin dilihat trendy. Apa yang kamu anggap biasa hari ini, boleh menjadi penyesalan yang panjang di akhirat nanti,” tegurnya.

Trend S Line harus dihentikan

Dalam hantaran yang sama, ustazah Asma’ menegaskan trend tersebut harus dihentikan.
“Trend S-Line ini perlu dihentikan. Ia bukan lucu. Ia bukan hiburan. Ia adalah penzahiran dosa zina yang dimuliakan oleh syaitan dan ditertawakan oleh dunia. Jangan biarkan diri kita menjadi alat kepada rancangan syaitan.

“Trend ini adalah antara fitnah akhir zaman. Ia menghapuskan rasa malu, menjauhkan hati daripada takut kepada Allah. “Jangan biarkan garis merah yang ditrendykan menjadi sebab maruah tergadai dan aib terbuka di hadapan Allah pada hari tiada tempat berlindung selain rahmat-Nya. Na‘uzubillahi min dzalik.

“Allah telah menutup aib kita dengan kasih-Nya. Maka jangan sesekali kita sendiri yang membukanya. Wallahu a‘lam,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Prince Syed Infaq Telekung RM12,000 Bertatah Swarovski Kepada Ustazah Asma' Harun - "Ia Pernah Viral Sampai Ke Luar Negara, Sangat Unik... "

ARTIKEL BERKAITAN:Trend Joget Ambil Duit Raya, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran Pada Wanita Muslimah - “Lepas Ramadan Sepatutnya Lebih Berakhlak…”

ARTIKEL BERKAITAN:"Allahuakbar Sungguh Sebak & Sayu" - Ustazah Asma Harun Tersentuh Anak Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 7 Bulan Di Akademi Al Quran AKMAL

ARTIKEL BERKAITAN:“Hubungan Intim Bukan Punca Utama, 90 Peratus Pasangan Bercerai Sebab Abaikan Solat” - Ustazah Asma’ Harun

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Wanita Islam Mengubah Bentuk Muka Dengan Suntikan ‘Filler’ & ‘V Shape’, Ini Respon Ustazah Asma - “Hukumnya Adalah…”

Untuk info, trend S-Line bermula daripada sebuah drama Korea, di mana satu garis merah umpama tali muncul di atas kepala kononnya menunjukkan siapa yang pernah berhubungan intim.
Lebih banyak garis merah maka lagi banyaklah individu itu pernah melakukan hubungan.
Trend ini kemudiannya ditiru secara terbuka oleh anak muda dengan menyunting gambar sendiri atau orang lain dengan filter seolah-olah mendedahkan kisah silam hubungan peribadi.
Berikut merupakan perkongsian penuh ustazah Asma’:

Topic Berkaitan
#Viral
#Drama Korea
#Tular
#Trend
#Aib
#Ustazah Asma Harun
#K Drama
#S Line
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement