HIBURAN
Penyanyi Beautiful Girls, Sean Kingston Menangis Dipenjara 3 Tahun
Penyanyi Sean Kingston, 35, menangis dan mengaku telah insaf selepas dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana terlibat dengan jenayah penipuan.
Kingston atau nama sebenarnya, Kisean Paul Anderson didapati bersalah terlibat dengan skim penipuan bernilai RM4.2 juta.
Penipuan tersebut dilakukan menggunakan popularitinya sebagai artis dengan Kingston antaranya didakwa mengambil barangan mewah tanpa membayar kepada peniaga, lapor Daily Mail.
Cukup terkenal dengan lagu Beautiful Girls, Kingston melakukan jenayah itu bersama ibunya, Janice Eleanor Turner dan didapati bersalah oleh mahkamah pada Mac lalu.
Ibunya dipenjarakan lima tahun sementara Kingston tiga tahun.
Menerusi kenyataan mahkamah, Kingston yang popular pada sekitar tahun 2007 telah terperangkap dalam kehidupan mewah selebriti sehingga sanggup melakukan penipuan supaya boleh kekal kelihatan berkemampuan.
“Dia menggunakan status selebriti untuk menipu mangsanya. Dalam bahasa mudah di seorang pencuri dan penipu,” ujar kenyataan tersebut.
Kingston yang dilahirkan di Florida dan dibesarkan di Jamaica meraih populariti pada usia 17 tahun pada 2007 menerusi lagu Beautiful Girls, Take You There dan Fire Burning pada tahun 2009.
Must-Watch Video