HIBURAN
Agensi Dakwa Aktres Zhao Lusi Dirasuk Roh Jahat & Bomoh Buat Ritual, Padahal…
Seorang aktres terkenal China, Zhao Lusi mendedahkan dirinya telah dikurung dalam bilik sebuah hotel sebelum pihak agensi mengupah seorang bomoh melakukan ritual halau syaitan terhadapnya.
Pelakon berusia 26 tahun itu mendakwa, agensi bukan menghantarkan ke hospital atau mendapatkan rawatan yang betul terhadap masalah kemurungan atau depresi yang dihadapi, sebaliknya mengurung dia di bilik hotel dan memanggil bomoh untuk melakukan ritual.
Bomoh yang menjalankan ritual halau syaitan itu juga mendakwa tubuh bintang The Last Immortal dan The Story of Pearl Girl itu telah dirasuk oleh roh jahat.
Ironi, Lusi mengatakan dirinya mengalami anxiety dan depresi atau kemurungan. Dia juga mempunyai bukti telah didiagnos dengan masalah kesihatan mental tersebut, lapor South China Morning Post.
Lusi yang juga dikenali sebagai Rosy Zhao membuat pendedahan tersebut kepada 31 juta pengikutnya di media sosial baru-baru ini.
Menurutnya, dia juga telah dipaksa membayar penalti kerana melanggar kontrak akibat jatuh sakit dan tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatan mental yang semakin teruk sejak Disember lalu.
Malah salah seorang rakannya juga pernah mendedahkan Lusi dimarahi di dalam tandas pada pukul dua pagi kerana gagal uji bakat. Insiden tersebut berlaku pada tahun 2019.
Pihak agensi iaitu Tianjin Galaxy Cool Entertainment Culture Media Co. Ltd menafikan semua dakwaan yang disifatkan sebagai tidak berasas.
Bagaimanapun kebanyakan peminat dan pengguna media sosial mempercayai dakwaan Lusi dan meminta agar dia meninggalkan agensi tersebut.
Must-Watch Video