gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nam Ron Muncul Dalam Pementasan Teater ‘Persiapan Seorang Aktor’, Selongkar Kisah Pelakon Lelaki Obses Kesempurnaan
FILEM
Filem ‘Misteri Rumah Darah’ Kembali Hidupkan Trauma Lama, Adaptasi Rancangan TV Ikonik 2000-an
HIBURAN
Netizen Terhibur Tengok Akhyar Rashid Jadi MUA Eyka Farhana Dalam Flight - “Kenapa Aku Yang Senyum Sorang Ni?
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Trio Aidyl Hr, Pika, Pikabu Intai Peluang Ke Muzik Mainstream, Pertaruhkan 'Way' - "Uniknya Lagu Ini Ada Lirik Bahasa Kedayan & Sabah"

Amri Hassan
Amri Hassan
25/06/2025
10:30 MYT
Sponsor Banner
Trio Aidyl Hr, Pika, Pikabu Intai Peluang Ke Muzik Mainstream, Pertaruhkan 'Way' - "Uniknya Lagu Ini Ada Lirik Bahasa Kedayan & Sabah"
Menyatukan tiga bakat berbeza dari Borneo dalam sebuah karya berjudul ‘Way’, kolaborasi antara Aidyl Hr, Pika dan Pikabu menjadi titik permulaan kepada misi membawa suara dari Labuan dan Sabah ke arus perdana muzik Malaysia.
Dicipta dan diterbitkan oleh j0n, komposer berasal dari Labuan, ‘Way’ merupakan lagu bertemakan perjuangan mengejar cita-cita, namun disampaikan dengan susunan muzik santai dan lirik yang ringan tetapi bermakna.
Proses penciptaannya mengambil masa hampir dua tahun, bermula dari sesi jamming santai di Labuan hingga ke rakaman profesional yang dibuat secara berasingan di Labuan dan Kota Kinabalu.
"Lagu ini lahir secara organik ketika kami jamming di rumah kawan. Ia berkembang perlahan sebab kami semua ada komitmen lain dan tak buat muzik sepenuh masa. Tapi semangat tu tetap ada," katanya ketika sidang media virtual pada Rabu.
Way merupakan lagu terbitan sulung label baharu Lab One Entertainment (Lab1e).
Menariknya, ketiga-tiga penyanyi hanya bertemu buat kali pertama ketika sesi rakaman video muzik.

“Projek ini terasa istimewa, macam sekumpulan kawan yang buat muzik kerana minat dan impian. Kami dari tempat yang kecil, jadi peluang sebegini memang besar maknanya,” tambah j0n.

Pikabu, yang terkenal dengan lirik dialek Kedayan mengakui ini adalah pengalaman pertamanya menyertai projek lagu komersial sebegini.
“Saya tak pernah rakam lagu santai macam ni. Tapi saya suka kerana ia ringan tapi masih menyampaikan sesuatu. Saya harap orang luar dapat hargai bahasa dan budaya dari Sabah dan Labuan,” katanya.
Pika, bekas guru dari Labuan yang aktif bersama band korporat, menyumbangkan vokal utama yang menyerlahkan kekuatan emosi dalam lagu. Sementara itu, Aidyl Hr, yang dikenali dengan komitmen tinggi terhadap muzik, menambah keseimbangan dalam penyampaian vokal dan lirik.
J0n juga berkongsi cabaran peribadi untuk berpindah dari Labuan ke Sabah dan terbuka berhijrah ke Kuala Lumpur demi membuka jalan buat diri sendiri dan bakat-bakat muda dari Borneo.
“Saya orang Cina etnik dari Labuan, tak ramai dalam industri ini. Umur pun bukan muda lagi. Tapi saya percaya kalau nak buat, ini masa yang sesuai. Digital era ni penuh peluang,” jelasnya.
Pemilihan penyanyi dibuat bukan sekadar kerana bakat, tetapi kerana j0n merasakan suara mereka benar-benar ‘diperlukan’ oleh lagu itu.
“Format lagu ini sendiri perlukan jenis bakat tertentu. Lagu ini seolah-olah ‘meminta’ watak mereka. Saya cuma sediakan platform.
"Kalau nak kenal aksen Malaysia sebenar, kena buka telinga dan beri peluang. Bahasa Kedayan, bahasa Brunei, semua ini adalah warna budaya Sabah yang unik. Harap lagu ini diterima dan terus berkembang," tambahnya.
Dengan pelancaran rasmi ini, j0n berharap pendengar di Semenanjung dapat lebih menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa dari Sabah dan Labuan.
'Way' kini boleh didengari di semua platform penstriman digital.
Topic Berkaitan
#Lagu
#Sabah
#Bahasa
#Aidyl Hr
#J0n
#Kedayan
#Pika
#Pikabu
#Way
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement