HIBURAN
Bersuara Kes Zara Qairina, Ramai Sokong Syed Saddiq – “Terima Kasih YB, Semoga Ada Keadilan Buat Arwah”
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat perhatian selepas mempersoalkan kelewatan siasatan terhadap kes buli membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.
Bersuara kes arwah Zara Qairina
Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram miliknya, Saddiq berkata tindakan terhadap kes tersebut hanya dibuat selepas kejadian itu tular dan mendapat perhatian orang ramai.“Persoalan saya kenapa lambat sangat? Kenapa perlu tunggu dua tiga minggu baru nak ambil tindakan?“Kita lihat kes adik Zara, dah viral, dah ada protes baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden.
“Saya tanya sekali lagi dah viral baru nak tukar polis penyiasat, baru nak buat postmortem.
“Bayangkan ibu bapa yang sedang melihat di luar sana yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh dengan harapan yang tinggi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Zara Qairina Alami Kecederaan Otak Teruk
ARTIKEL BERKAITAN:"Pegawai Penyiasat Kes Zara Qairina Tidak Ikut SOP, Tindakan Tegas Akan Diambil" - Pengarah JSJ
ARTIKEL BERKAITAN:"Siasatan Kes Zara Qairina Menjurus Kepada Buli Sebelum Kematian" - JSJ
ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Wujud Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina
ARTIKEL BERKAITAN:Shahlan Bertahan 8 Jam Saksikan Forensik Bongkar Kebenaran Kematian Zara Qairina
Ramai beri sokongan pada Saddiq
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan rasa sokongan dan ucapan terima kasih kepada Saddiq kerana bersuara demi keadilan arwah.Antara komen yang diterima adalah:



Berikut merupakan video penuh Saddiq:
Must-Watch Video