HIBURAN
Ditegur Isi Ayam Ciput, Khairul Aming Ambil Tanggungjawab Isu Rendang Nyet Berapi - “Terima Kasih Review Jujur, Mohon Maaf Atas Kekurangan…”
Produk makanan popular tempatan, yang diusahakan oleh personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming iaitu Rendang Nyet Berapi KA mendapat perhatian baru-baru ini.
Dapat review 6/10
Hal itu berikutan kerana seorang pelanggan telah berkongsi ulasan jujur mengenai pengalamannya menikmati produk berkenaan di media sosial.Dalam hantaran tersebut, pengguna itu memberikan skor 6/10 dan memuji rasa rendang yang sedap serta tidak kedekut bahan.
Bagaimanapun pelanggan itu juga menegur beberapa kekurangan termasuk dari segi pembungkusan yang bocor dan jumlah isi ayam yang sedikit.
“Rendang nyet berapi KA dah sampai. Review jujur lah eh, ni pendapat masing masing tau. Aku bagi rate 6/10… mana lagi 4?
“Untuk rasa rendang tu tak dinafikan memang sedap, tak kedekut bahan, cukup rasa lah orang cakap.
“Jadi packaging yang aku dapat ni lebih kepada kuah rendang je,” tulisnya.“Yang tak syoknya packaging yang aku dapat pertama leaking (ada minyak keluar tak tahu dari mana).“Yang kedua kitanya beli satu paket je wak, isi ayamnya mana, setelah dikacau kacau adalah jumpa dalam tiga ke empat ketul isi ayam yang kecik-kecik tu.
Respons tersebut telah menarik perhatian Khairul Aming, yang tampil memberikan maklum balas secara terbuka dan profesional.

Khairul Aming mohon maaf, janji tangani isu secepatnya

Khairul Aming menerusi hantaran balas di posting berkenaan memohon maaf atas kekurangan yang berlaku dan berjanji untuk menggantikan kembali order berkenaan.
Malah, personaliti media sosial kesayangan ramai ini juga turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menyemak semula ‘batch number’ pesanan itu bagi menyiasat kemungkinan berlakunya isu teknikal di bahagian proses pembungkusan produk makanan sebelum dihantar kepada pelanggan.
“Thank you bagi review jujur. Mohon maaf atas kekurangan ini. Boleh DM KA nama, alamat, nombor phone dan order ID.
Tindakan pantas yang diambil Khairul Aming dalam menangani masalah tersebut juga turut mendapat pujian netizen di media sosial.“Untuk parcel yang leaking memang kami akan ganti balik 100% sebab customers tak patut dapat yang leaking. “Untuk isi ayam KA akan check balik batch number (mengikut tracking number nanti) untuk kita cari punca masalah kat bahagian retort filling. Terima kasih,” jelasnya.
Terdahulu, produk Rendang Nyet Berapi KA sebelum ini mencatat jualan luar biasa setelah dilancarkan dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna seluruh Malaysia.
Must-Watch Video