RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Pasya Lebih Layak? Rayme ‘Ok’ Dengan Komen Netizen - “Saya Sebak Dan Menangis…”
Finalis Raise The Star Malaysia (RTSMY), Rayme akui terkejut apabila terpilih untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer, Audi Mok.
Bagaimanapun, Rayme akur dengan keputusan juri dan terpaksa melihat rakannya, Pasya gagal melanjutkan perjalananya dalam program tersebut.
“Kami sebenarnya sangat-sangat terkejut kerana saya memang nak Audi Mok tetapi tak sangka menjadi pasangan Pasya. Sebenarnya kalau boleh Top 5 saya nak sangat bersaing dengan pasya kerana dia adalah rakan baik saya dalam Raise The Star Malaysia.
“Jadi bila dapat tahu saya yang akan nyanyi lagu itu dan bukan dia memang saya sebak dan kalau tengok memang saya menangis sebenarnya. Sebab macam saya cakap saya mahu bersaing dengan dia di Top 5,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu, Rayme turut sedar ada segelintir netizen tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan pada malam berkenaan.
Namun, dia tidak mengambil hati dan berharap semua dapat menerima kehadirannya dalam industri seni suara.
“Kami dah berjanji sebenarnya siapa sahaja yang dapat lagu ini, kami akan buat yang terbaik untuk diri sendiri dan juga Audi Mok.
“Sejujurnya saya tidak berkecil hati saya terima komen-komen tersebut dengan hati yang terbuka. Saya harap anda dapat menerima saya dalam industri muzik,” ujarnya.
Sekadar info, Rayme berjaya menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, sebuah trofi dan lagu ciptaan Audi Mok berjudul Gergasi.
Must-Watch Video