,
Laman Utama

Tiga Lagi Hospital Terpaksa Guna Kontena Jenazah Khusus Untuk Yang Meninggal Dunia Aibat Covid-19

Fiza Kamarudin
30/05/2021
03:40 MYT
Tiga lagi hospital terpaksa menggunakan kontena bagi menyimpan mayat individu yang meninggal dunia disebabkan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pendekatan sedemikian terpaksa digunakan, susulan peningkatan angka korban akibat wabak itu di seluruh negara.
Tiga hospital tersebut ialah Hospital Serdang (Selangor), Hospital Sultanah Aminah (Johor Bharu) dan Hospital Queen Elizabeth I (Sabah).
Setiap kontena mampu menampung 20 jenazah dalam satu masa.
"Bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung jumlah jenazah atau mayat susulan peningkatan kematian akibat COVID-19.
"Sehubungan itu, pihak perkhidmatan perubatan forensik menyediakan kontena khas khusus, sama ada untuk jenazah (Islam) atau mayat (bukan Islam).
"Satu 'fleximort' khusus untuk jenazah COVID-19 juga ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Klang, Selangor), dengan kapasiti maksimum 12 jenazah," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Sehubungan itu, pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah/mayat pic.twitter.com/v2g9V5rVqX— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 29, 2021 Sebelum ini, kontena bersuhu rendah bagi menempatkan individu yang meninggal dunia disebabkan COVID-19 digunakan di Hospital Sungai Buloh, Selangor sebelum disusuli Hospital Selayang.
Kata beliau lagi apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan KKM untuk merawat, maka para doktor terpaksa membuat pilihan sukar untuk utamakan katil ICU bagi pesakit yang berpotensi sembuh yang tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuh rendah (poor prognosis).
"Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan kami untuk merawat, maka doktor terpaksa membuat pilihan sukar.
"Mereka perlu utamakan katil unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit berpotensi sembuh yang tinggi berbanding, pesakit yang potensi sembuh rendah. Terkini, inilah hakikat sebenar.
"Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum. Bantulah kami agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali," katanya.
Beliau berkata semua pihak daripada peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19.
"Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Viral

Jenama Ais Krim Popular Perkenal Perisa Campuran Bersama Ubat Batuk, KKM Arah Hentikan Penjualan Serta Merta

gempak
30/07/2024
09:55 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) yang dikeluarkan sebuah jenama ais krim dihentikan segera.