HIBURAN
Dikecam Kerana Campak Buku Pada Anak Tiri, Arrora Salwa Tampil Bersuara - “Aku Mak Tiri Bertanggungjawab, Aku Yang Menghadap Dia 24 Jam!”
Penyanyi, Arrora Salwa tampil menjelaskan tindakannya mencampak buku ketika memarahi anak tirinya, Eshaal dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan Arrora meluahkan kemarahan dengan mencampak beberapa buku selepas anak tirinya dipercayai tidak menyiapkan kerja sekolah sepanjang cuti sebulan.
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk segelintir netizen yang menyokong ketegasan dirinya dalam mendidik anak.
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang mengecam perbuatan itu dan menganggapnya keterlaluan, khususnya apabila melibatkan anak tiri.@arrorasalwareal JANGAN PERSOAL KENAPA BUKU TU TERBANG. INI BUKAN SOAL HORMAT ATAU TIDAK ILMU. Siapa paham, paham lah siapa tak paham, tak mengapa. Semua orang boleh jadi ibu. Tapi untuk mengalas tangungjawab sebagai pendidik itu bukan mudah. Kita lalui kesusahan dan kepahitan dalam hidup, sebagai orang tua, kita tak nak anak kita rasa & lalui apa kita rasa n lalui.. Saya post disini kerana disinilah saksi saya. Saya sebagai ibu tiri perlu bijak dalam segala hal. Saya mmg garang, saya mmg sangat tegas, tapi bila waktu bergurau, anak2x seolah lupa garang dan tegas seorang yang bergelar mommy si ibu tiri ini. #fyp #fpy #fypシ #fypmalaysia ♬ original sound - arrorasalwareal
Tidak berdiam diri, Arrora tampil memberi penjelasan penuh dalam sebuah video lain yang turut dimuat naik ke media sosial.
“Kita kena faham yang mana setiap anak, setiap manusia, setiap budak-budak ini, setiap remaja, pembawakannya lain, sikapnya lain. Kita tak boleh pukul rata semua.@arrorasalwareal Replying to @Mish Ekin 🤍🤍 . #fyp #fpy #fypシ #fypmalaysia ♬ original sound - arrorasalwareal
“Jangan kasar sampai mencederakan anak, itu tak boleh dan sangat salah. Tapi bila saya baling buku, ramai cuma nampak benda tu saja. Engkau hanya nampak yang aku baling buku je, dek,” ujarnya.
Menurut Arrora, walaupun Eshaal merupakan anak tiri, namun tanggungjawab sebagai ibu tetap dipikul sepenuhnya memandangkan kanak-kanak itu tinggal bersamanya, bukan dengan ibu kandung.
“Aku yang menghadap dia 24 jam. Aku yang tahu dia macam mana. Aku adalah mak tiri yang bertanggungjawab untuk memastikan anak aku Berjaya,” katanya.
Tambahnya lagi, bukan hanya Eshaal pernah dikenakan tindakan sedemikian.
Anak perempuannya sendiri juga pernah dimarahi dengan cara yang sama tahun lalu akibat keputusan peperiksaan yang buruk.
“Saya tak pergi sekolah pun masa hari ambil kad laporan. Saya cakap dengan dia, result kamu ni memalukan mummy. Do something.
“Dan bila buku jadi UFO, dia cakap, ‘Okay aku tak boleh main-main, nanti mummy marah’. Dia study dan work hard untuk buktikan pada mummy yang dia boleh. Dan dia berjaya,” kata Arrora.
Untuk rekod, Arrora dan suaminya Ahmed Mahfuz berkahwin dengan pada Julai 2017. Arrora sebelum itu pernah berkahwin dan bergelar janda selama tujuh tahun. Suaminya pula merupakan duda anak tiga.
Must-Watch Video