gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aisha Retno Lancar Album [Re.Hab], Luah Kisah Peribadi Dalam 'Jeda'
HIBURAN
Yuri Girl’s Generation Jadi Guru Yoga, Duit ‘Gaji’ Buat Bantu Anjing Jalanan
HOLLYWOOD
Bakal Jadi Isteri Benny Blanco, Selena Gomez Tak Mahu Kek Kahwin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Azhar Sulaiman Cadang Naik Taraf Lapangan Terbang Kuantan Jadi ‘Airport In The Garden’ - "Biar Rasa Macam Nak Pergi Bercuti Di Hawaii"

Amri Hassan
Amri Hassan
29/07/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
Azhar Sulaiman Cadang Naik Taraf Lapangan Terbang Kuantan Jadi ‘Airport In The Garden’ - "Biar Rasa Macam Nak Pergi Bercuti Di Hawaii"
Pelakon dan pereka hias dalaman terkenal, Azhar Sulaiman menyuarakan pandangannya berhubung cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Gebeng, Kuantan menerusi satu hantaran di Facebook.
Sebagai anak kelahiran Pahang dan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Azhar percaya Kuantan belum memerlukan lapangan terbang baharu buat masa ini.
Menurut Azhar, tumpuan seharusnya diberikan kepada kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (LTSAS) yang sedia ada dengan penambahbaikan dari segi rekaan, kemudahan dan suasana agar memberi pengalaman yang lebih menyenangkan kepada pengguna.
“Kuantan tidak perlukan airport baharu sekarang, cuma mungkin di masa hadapan. Buat masa ini, cukuplah dengan meremajakan dan menaik taraf lapangan terbang sedia ada.
"Tukar bahan, tambah sedikit elemen rekaan dan segarkan rupa bentuknya. Itu pun sudah cukup memberi impak positif kepada pengguna,” tulisnya.
Lebih menarik, Azhar turut mencadangkan agar projek naik taraf ini dikendalikan oleh arkitek dari negara seperti Norway, Ireland atau rantau Scandinavia yang menurutnya bijak dalam seni bina dan kerja retrofit.
Azhar juga menekankan bahawa usaha menarik pelabur swasta untuk melabur dalam projek mega seperti ini bukan perkara mudah dalam situasi ekonomi semasa.
Justeru, katanya, lebih baik jika usaha difokuskan terlebih dahulu kepada peningkatan jumlah penumpang ke Kuantan sebelum memikirkan projek baharu berskala besar.
“Subang ke Kuantan ada tiga penerbangan harian. Bayangkan betapa mudahnya nak ke Teluk Chempedak atau Tanjung Lumpur untuk makan ikan bakar.
"Yang penting sekarang, jadikan lapangan terbang sedia ada lebih menarik dengan landskap yang cantik, pokok-pokok tropika... biar rasa macam nak pergi bercuti ke Hawaii,” katanya sambil mencadangkan konsep ‘Airport In The Garden’.
Topic Berkaitan
#Pahang
#Azhar Sulaiman
#Hawaii
#Airport
#Lapangan terbang
#Kuantan
#Gebeng
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement