,
Berita

“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

Gempak
06/05/2024
05:25 MYT
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penjawat awam yang malas dan ada masalah disiplin akan dikecualikan daripada kenaikan gaji secara automatik.
Menurut Anwar, sistem gaji pada masa ini tidak adil kepada penjawat awam yang rajin memandangkan kenaikan turut diperolehi penjawat awam yang bermasalah.
Justeru, beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah agar penjawat awam bermasalah tidak mendapat kenaikan gaji secara automatik di masa akan datang.
"Sekarang (kenaikan gaji) ikut tahun. Kadang-kadang orang itu lembab bekerja, tak hadir (kerja) dan ada masalah disiplin tapi tetap dinaikkan gaji secara automatik.
"Jadi kita nak ingatkan bahawa ia (kenaikan) tidak automatik (lagi).
"Mungkin (kenaikan) automatik buat 95 peratus (penjawat awam yang berkhidmat dengan baik), tetapi empat, lima peratus - yang lembab dan ada masalah - kita akan perkenalkan kaedah agar mereka dinafikan (kenaikan itu).
"Tak adil orang yang kerja bertungkus-lumus dapat kenaikan, yang malas dan lembab pun dapat kenaikan automatik. Jadi (mekanisme itu) harus diberi pertimbangan," katanya ketika berucap di Program Madani Rakyat (Zon Utara) di Pulau Pinang.
Jelas Anwar lagi, walaupun kerajaan setuju untuk memberikan kenaikan gaji paling besar dalam sejarah kepada penjawat awam, ia perlu selari dengan peningkatan kecekapan dalam perkhidmatan.
"Tak benar bila orang kata kita naikkan gaji dengan kekalkan kaedah yang ada.
"Kita naikkan gaji dengan reform perkhidmatan awam dari segi tahap kecekapan, keupayaan dan prestasi," katanya lagi.
Minggu lalu, Anwar mengumumkan gaji penjawat awam akan dinaikkan lebih 13 peratus bermula Disember tahun ini.
Kenaikan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion tahun depan dan tertinggi dalam sejarah.
Sumber: MALAYSIA KINI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Viral

Gadis 19 Tahun Antara 36 Individu Dicekup, Sindiket Persundalan Swinger Tumpas!

gempak
01/09/2024
02:19 MYT
Sebuah sindiket pelacuran yang menyediakan kegiatan seks bebas secara berkumpulan buat 147,000 pelanggan berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini dengan penahanan 36 individu, termasuk penjawat awam.
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Gaya Hidup

Pelarasan Gaji Penjawat Awam: Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

gempak
16/08/2024
16:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.