gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sheila On 7 Nyanyi, Tetamu Resepsi Luna Maya & Maxime Dapat Mesin Kopi
ADVERTORIAL
Montigo Memperkenal Koleksi Terbaharu - Wildflower Field Collection, Simbol Keunikan, Gaya & Semangat Mekar Di Mana Jua
VIRAL
Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dirakam Keterangan Termasuk 'Kak Wana', 'Kak Dedeng' Dan 'Tomboi'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Buktikan Siapa Lebih Bagus, XPDC Ajak Satu Pentas - “Kita Panggil Pengadil Datang”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
30/07/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Buktikan Siapa Lebih Bagus, XPDC Ajak Satu Pentas - “Kita Panggil Pengadil Datang”
Salah seorang anggota asal kumpulan XPDC, Izo menyatakan keterbukaannya untuk bergabung sepentas dengan kumpulan XPDC Kita Pengyu.
Menurut Izo yang juga merupakan gitaris kumpulan tersebut, idea untuk bergabung dalam satu konsert bukan bertujuan mencetuskan kontroversi atau permusuhan sebaliknya untuk menonjolkan kualiti muzik sebenar.
“Bila perkara ini jadi persaingan dan ada tiga (kumpulan XPDC) hanya satu pemuzik asal atau ‘original’ yang akan main muzik bagus dan yang tak berapa bagus.
“Jadi, daripada itu akan keluar segala-galanya. Marilah kita buat satu ‘show’ sekali di atas satu pentas untuk siapa yang gelarkan mereka XPDC juga.
“Kita panggil juga pengadil yang hebat datang sekali untuk bagi markah,” katanya kepada Gempak.
XPDC berkata demikian ketika menghadiri di Sidang Media Konsert XPDC METALKESTRA yang berlangsung di IDEAS Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambahnya, walaupun terdapat beberapa tawaran untuk menjayakan persembahan itu namun, usaha tersebut terhenti disebabkan permintaan dari sesetengah pihak tidak muhasabah.
“Setakat ini ada yang beri tawaran, tapi apa saya tengok daripada pihak sana ada yang menepisnya.
“Ada juga yang letak harga tak masuk akal supaya persembahan itu tak jadi,” jelasnya.
Dalam pada itu, drummer kumpulan itu, Lola juga menyatakan mereka tidak kisah sekiranya pihak tersebut ada perancangan untuk melakukan persembahan bersama.
“Sebenarnya sudah lama jemputan itu dan kami okay sahaja. Tapi, kami ada dengan cerita juga, mereka yang tak mahu.
“Tak kisahlah yang mana-mana (kumpulan XPDC), tapi daripada pihak mereka yang cakap perancangan itu tak mungkin.
“Itu yang mereka cakap dan ada rekod. Sejujurnya kami tiada masalah untuk sepentas dengan yang lain,”jelasnya.
Bagaimanapun, mereka tetap menegaskan tidaklah mahu bersaing untuk membuktikan siapa yang lebih bagus tetapi hanya mahu bermain muzik dengan cara yang lebih sihat.
“Kami bukan nak bersaing, tapi mahu bermain muzik secara sihat. Kami bukan mahu cakap yang kami ini bagus.
Kalau rasa bagus, ada lagi lebih bagus. Muzik bukan untuk dipertandingkan sebenarnya,” katanya.
Terdahulu, anggota asal yang juga pemain Zuar pernah memberi bayangan tentang penganjuran konsert Family XPDC iaitu sebuah pentas impian yang mahu menyatukan kembali semua anggota yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah kumpulan itu.
Walaupun belum dimuktamadkan, idea konsert berskala besar di Kuala Lumpur itu dikatakan telah menarik minat beberapa penganjur yang berhasrat menjadikan pertemuan semula itu sebuah realiti.
Konsert tersebut juga dijangka melibatkan kerjasama dengan semua individu yang pernah terbabit dalam perjalanan XPDC sejak era awal hingga kini, termasuk anggota asal, pemuzik jemputan dan krew belakang tabir.
Ketika ini, XPDC wujud dalam dua entiti berbeza. XPDC Kita Peng Yu dibarisi oleh Zuar (bes), Amy (dram), Jeff (gitar) serta Ary yang mengisi posisi vokalis menggantikan tempat Allahyarham Mael.
Sementara itu, XPDC Militia menampilkan Ali sebagai vokalis bersama Izo (gitar), Eddie (bes), Lola (dram) dan Arif (gitar).
Topic Berkaitan
#muzik
#XPDC
#Lawan
#BAGUS
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement