,
Sukan

Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024

Mya Amri
08/05/2024
15:31 MYT
Selangor FC mengambil keputusan enggan beraksi dalam Piala Sumbangsih 2024 dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Berita itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi, Selangor FC pada Rabu.
Keputusan itu diambil setelah penelitian dan perbicangan terperinci dijalankan dengan pelbagai pihak berikutan rentetan insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam.
“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024 ini.
“Pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.
"Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan serta ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan," maklum hantaran tersebut.
Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan aksi itu selepas mengadakan mesyuarat dan perbincangan pada petang Rabu.
Menurut badan pengelola itu, keputusan meneruskan perlawanan sumbangsih dibuat selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak polis yang akan meningkatkan tahap keselamatan pada hari perlawanan.
Dianggarkan seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Sukan

Final Piala FA: Juara Milik JDT! Pertahan Kejuaraan Selepas Belasah Selangor 6-1

gempak
24/08/2024
15:50 MYT
Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.
Sukan

Final Piala FA: Kesebelasan Utama, Selangor Taruh Barisan Terkuat! Faisal Halim Di Bangku Simpanan

gempak
24/08/2024
12:35 MYT
Ketua jurulatih Selangor,Nidzam Jamil, mempertaruhkan barisan pemain terkuat dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Sukan

Final Piala FA: "Bukan Sebab Saya Bekas Pemain JDT, Tetapi..." – Ini Ramalan Juara Zaquan Adha

gempak
24/08/2024
06:53 MYT
Perlawanan malam ini juga turut mendapat perhatian bekas pemain Harimau Malaya, Zaquan Adha.