,
Viral

Tampil Mohon Maaf, Peniaga Guna ‘Glove Kuning’ Terima Teguran KKM - “Kali Ini Memang Salah Saya…”

Asyikin Mayudin
21/03/2024
03:25 MYT
Selepas menerima teguran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang peniaga makanan dan pencipta konten yang dikenali sebagai Dania Sedek tampil memohon maaf di TikTok miliknya.

BERITA TRENDING: Terus Ditegur Di TikTok Tentang Cara Penyediaan Makanan, Peniaga Glove Kuning Jemput Health Inspector…

Menerusi perkongsian di TikTok, Dania berkata dia mengambil maklum mengenai teguran itu dan menyatakan pihaknya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
"Saya dimaklumkan video saya menyediakan air asam gunakan sarung tangan kuning dah viral dan KKM pun sudah repost.
"Pertama sekali saya betul-betul minta maaf dan memang saya salah. Saya fikir glove kuning tu full great dan pilih kuning sebab warna brand kami. Saya suka warna kuning.
"Kali ini memang saya salah, akan perbetulkan lebih baik lagi selepas ini. Sarung tangan yang KKM kata tidak sesuai digunakan saya sudah buang," katanya.
Dalam hantaran sama, Dania turut berkata kejadian tersebut akan dijadikan sebagai pengajaran buat dirinya dan berharap peniaga yang lain juga dapat mengambil iktibar.
"Terima kasih KKM kerana memberikan teguran yang membina, semoga menjadi pengajaran kepada saya dan peniaga lain agar lebih berhati-hati selepas ini.
"Saya rasa sangat bersalah dan minta maaf sangat-sangat. Terima kasih atas sokongan semua," tambahnya.
Terdahulu, tular sepotong video memperlihatkan seorang peniaga makanan sedang menyediakan makanan jenis air asam menggunakan sarung tangan berwarna kuning.
Susulan itu, KKM menerusi satu kenyataan menegur peniaga berkenaan dan berkata sarung tangan tersebut tidak sesuai digunakan ketika sedang menyediakan makanan.
Kenyataan itu kemudian menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya bersetuju. Malah, netizen mengecam tindakan peniaga tersebut.
@daniasedek Replying to @nia?️ ♬ Sholawat Badar - Muhajirlamkaruna
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Viral

Jenama Ais Krim Popular Perkenal Perisa Campuran Bersama Ubat Batuk, KKM Arah Hentikan Penjualan Serta Merta

gempak
30/07/2024
09:55 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) yang dikeluarkan sebuah jenama ais krim dihentikan segera.
Berita

Vape Dijual Guna Vending Machine, KKM Ambil Tindakan

gempak
12/07/2024
11:55 MYT
Sebuah pusat beli-belah di ibu negara diarah menghentikan operasi penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri (vending machine).