,
Laman Utama

Sweetnya Ucapan Abang Tesla Sempena Hari Jadi Isteri Muda! - “Hadiah Terindah Adalah Nurmajdina Yang…”

Asyikin Mayudin
14/09/2023
05:50 MYT
Sempena ulang tahun kelahiran isteri kedua, pempengaruh kontroversi Abang Tesla menitip ucapan istimewa buat Nur Syafiqah.
Menurut Abang Tesla, hadiah terindah yang diterima Nur Syafiqah adalah apabila madunya iaitu Nurmajdina menerimanya dengan seadanya.
"Happy birthday Nur Syafiqah. Saya tiada hadiah nak bagi, tapi hadiah terindah adalah Nurmajdina (isteri pertama) yang boleh terima awak seadanya," katanya.
Pada perkongsian yang sama, Abang Tesla mendoakan Nur Syafiqah menjadi isteri yang taat pada perintah Allah dan suami.
"Semoga menjadi isteri yang taat kepada Allah dan taat kepada suamimu. Insya-Allah, Allah permudahkan urusan kita semua, amiin," katanya.
Abang Tesla turut memuat naik foto dia bersama Nur Sayfiqah dengan berlatar belakang Masjidil Haram.
Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut menyampaikan ucapan ulang tahun dan mendoakan kebahagian buat keluarga Abang Tesla.
Terdahulu, Abang Tesla memaklumkan dia dan dua isterinya terbang ke Turkiye untuk bercuti sebelum mereka berangkat ke Makkah untuk mengerjakan ibadah Umrah.
Untuk info, pada 20 Ogos lalu, Abang Tesla telah mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah sekali lagi.
Menurut pempengaruh itu, pernikahan keduanya telah mendapat restu daripada isteri pertamanya, Nurmajdina dan akui reda.
BACA SINI: Netizen Mula Berubah Hati Lihat Kebahagiaan Abang Tesla Bersama Dua Isteri - “Saya Cuma Nak Minta…”
BACA SINI: Agensi Travel Nafi Taja Abang Tesla & Isteri-Isteri Umrah, Segala Perkhidmatan Hanya...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.
Viral

Dituduh Tak Jaga Isteri Pertama Selepas Keguguran, Abang Tesla Nak Saman Kieda Crepe? - “Jangan Nak Terpaling Suami Awak Seorang…”

gempak
02/09/2024
07:25 MYT
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe mendakwa Abang Tesla tidak menjaga isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari ketika sedang berpantang selepas mengalami keguguran.
Hiburan

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

gempak
02/09/2024
06:55 MYT
Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.
Hiburan

Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini Respons Abang Tesla - “Saya Dah Sorokkan Kelahiran Anak..”

gempak
02/09/2024
03:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Abang Tesla menggesa semua pihak agar berhenti menabur fitnah terhadap isteri keduanya yang didakwa mahu membolot harta selepas melahirkan anak sulungnya.