,
Laman Utama

“Semua Termasuk Bukan Islam Boleh Berlindung Di Masjid Tunku Ampuan” - Jemaah Bukit Jelutong

Awani
18/12/2021
17:24 MYT
Mana-mana individu yang terkandas akibat banjir kilat berhampiran Bukit Jelutong, Shah Alam boleh mendapatkan perlindungan di Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Menurut wakil kariah masjid berkenaan, masjid itu juga membuka pintunya buat mereka yang bukan beragama Islam.

"Mereka terkandas (yang beragama Islam) dekat tol Shah Alam di Bukit Jelutong jadi mereka hendak bersembahyang Zohor. Tetapi apabila kita melihat mereka sudah terkandas beramai-ramai, kita uar-uarkan dalam Whatsapp kariah semua dan yang datang tu bukan sahaja yang beragama Islam, tetapi juga mereka yang bukan Islam," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, pada awal pagi Ahad.

Ujarnya, pihak masjid menganggarkan lebih 200 individu mendapatkan perlindungan di kawasan itu susulan paras air yang meningkat di kawasan sekitar.

Antara lain, pihak masjid juga berusaha menyediakan bantuan makanan buat mereka yang terkandas itu.

Individu-individu yang memerlukan bantuan perlindungan sementara khasnya di sekitar Kota Damansara juga boleh pergi ke Hospital Thomson.

"Hospital Thomson akan membuka wad-wad yang tidak digunakan buat keluarga dan individu yang memerlukan untuk mendapatkan perlindungan sementara.

"Mereka boleh menghubungi +60 3 6287-1111 dan akan disambung kepada jururawat yang bertugas untuk bantuan lanjut," kongsinya menerusi ciapan pengguna di laman Twitter.

Selain di Selangor, beberapa kawasan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur turut dilaporkan ditenggelami air susulan hujan lebat yang berterusan lebih 24 jam yang lalu.

Terdahulu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sepenuhnya Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya mulai 2 petang hari ini, akibat banjir susulan hujan lebat sejak 24 jam lepas.

Setakat ini, PLUS memaklumkan bahawa satu-satu jalan keluar yang dibuka untuk dilalui ialah di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk laluan ke arah selatan dan utara, sementara laluan masuk di Bukit Raja serta laluan Setia Alam ke Shah Alam juga ditutup.

Sumber : Astro Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.
Hiburan

Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang Kerana…”

gempak
03/09/2024
01:55 MYT
Hukuman yang dikenakan kepada pendakwah bebas, Da’i Syed atas tuduhan merogol turut mendapat perhatian seorang aktivis yang juga peguam iaitu Asiah Abd Jalil.
Berita

Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India

gempak
30/08/2024
18:55 MYT
Seorang lelaki berbangsa India nekad untuk memeluk Islam selepas terselamat daripada insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, 23 Ogos lalu.