,
Berita

Selepas Mannequin Challenge & Keke Challenge, Kini Microwave Challenge Jadi Kegilaan Ramai .... Rupa-Rupanya BTS Pencetus Fenomena Ini

Rozaimi Zubaidi
05/04/2019
03:44 MYT
Jika anda ketinggalan, #microwavechallenge ialah satu lagi fenomena besar selepas trend yang meletup sebelum ini seperti “Mannequin Challenge” dan “Keke Challenge”.
Kini, tiba giliran "Microwave Challenge" menjadi satu cabaran fenomena yang ingin dicuba oleh semua golongan bukan sahaja millennial, malah ianya disahut oleh selebriti ternama seperti Ryan Seacrest.
Menurut laporan Astro Awani, idea ini sememangnya tercetus daripada kumpulan ikonik K-pop, iaitu BTS (Bangtan Boys) yang pernah membuat aksi tarian ini sewaktu sesi latihan tarian mereka pada 2016.
Pada waktu itu, J-Hope dan Jungkook pastinya tidak menyangka aksi tarian mereka bakal menjadi viral hari ini.
Jika dilihatkan, pada minit ke 09:10 mereka telah melakukan aksi itu secara spontan dan ternyata ramai yang kagum dengan cara pergerakan tarian mereka di dalam klip video yang berdurasi 10 minit itu.
Secara tidak sedar, jumlah klip video yang menyahut cabaran #microwavechallenge ini sudahpun mencecah seramai 125 juta di aplikasi TikTok.
Ia bukan sahaja mendapat sambutan besar di TikTok, malah jika anda mencari hashtag #microwavechallenge ini di laman sosial Instagram mahupun Twitter pastinya anda akan dapat melihat ramai yang menikmati cabaran itu kerana ia sungguh serupa seperti makanan yang dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
BTS yang mempunyai pengikut seramai 16.2 juta di laman Instagram memang tidak asing lagi dengan kehebatannya yang sering menjadi pengaruh besar dan dikagumi orang ramai terutama golongan ARMY.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Artis Korea

BTS Jadi Kumpulan Lelaki Paling Banyak Dicari Di Google 2023

gempak
13/12/2023
14:55 MYT
Power BTS!
Laman Utama

“Ini Bukan Butter, Ini Planta” - Terima Pelbagai Reaksi Nyanyi Lagu BTS, Ini Respons Amir Ahnaf

gempak
11/12/2023
00:55 MYT
Terbaik Amir!