HIBURAN
Sedar Diri Tidak Disukai Masyarakat, Saiful Malaysian Idol Terima Baik Teguran Netizen - “Kita Pun Tak Tahu Pengakhiran…”
Peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama, Saiful Bakeri yang kini sudah berubah menjadi ‘wanita’ menyedari ramai pihak tidak menyukai golongan sepertinya.
Terima teguran
Mohon doa yang baik-baik, Saiful bagaimanapun berkata dia terbuka menerima segala teguran dan nasihat daripada netizen namun bukanlah kecaman yang melampau.
“Siapa yang suka tengok keadaan kita macam ini tapi lama-kelamaan mungkin mereka akan bosan. Bila saya tengok kecaman netizen, saya doa saja yang baik-baik.
“Ada yang doa untuk saya yang baik-baik… mungkin Insya-Allah. Tapi yang beri kecaman melampau, bagi saya kehidupan kita ini macam roda.
“Kita pun tak tahu nasib kita macam mana, kita tak tahu satu hari nanti saya akan berubah. Semua orang ada kesalahan. Kita pun tak tahu pengakhiran kita macam mana.
“Orang nampak kita jahat, tapi dalaman kita orang tak nampak,” katanya kepada Gempak.
Menetap di Sarawak
Dalam pada itu, Saiful bagaimanapun memberitahu dia pernah berasa ‘down’ ketika tular buat kali pertama sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Reda Dikecam Gara-Gara Berubah Jadi ‘Wanita’, Saiful Malaysian Idol Rindu Nak ‘Comeback’ - “Masyarakat Tak Suka Tapi Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Saiful ‘Ku Juga Mencintai Dirimu’ Belanja Nyanyi Lagu, Netizen Tekejut Dengan Imej Baru - “Sedap Suara…”
“Masa pertama kali saya pernah tular sebelum ini, ada la rasa ‘down’ sekejap. Tapi bila fikir balik dan kawan-kawan pun ada cakap tak lama pun benda ni (kecaman),” ujarnya.
Sementara itu, Saiful memaklumkan dia kini menetap di Sarawak dan hanya akan ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan.
“Sekarang ini memang saya menetap di Sarawak. Ada juga saya pergi KL untuk berjalan-jalan tapi bukan la kerap,” katanya.
Sebelum ini, tular video memaparkan penyanyi kelahiran Sarawak yang dipercayai Saiful menyanyikan lagu lamanya Ku Juga Mencintai Dirimu mencetuskan rasa rindu dan sayu dalam kalangan peminat.
Menerusi rakaman berdurasi seminit yang dimuat naik di TikTok, kelibat Saiful mendendangkan lagu tersebut nyata membangkitkan kenangan lama buat warganet yang pernah mengikuti perjalanan karier seninya sekitar awal 2000-an.
Walaupun imej terkininya mengundang pelbagai reaksi, namun ramai yang mengakui masih tersentuh mendengar suara merdu penyanyi berusia 39 tahun itu.
Must-Watch Video