,
Hiburan

"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang

Amri Hassan
05/05/2024
04:55 MYT
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal mahupun membuka ruang kepada pelakon wanita lain untuk hadir dalam hidupnya.
Kata Aeril, dia bersyukur punyai teman hidup seistimewa Wawa yang sudah cukup sempurna di matanya.
"Saya beruntung sebab punya isteri secantik Wawa bukan sahaja suri sempurna, bahkan menjadi ibu berkerjaya yang mampu mendidik anak-anak biar sesibuk mana pun dengan kerja.
“Ketenangan dan kebahagiaan yang kami miliki ini tidak mungkin saya gadaikan hanya disebabkan keseronokan sementara.
“Memang tak pernah terniat curang. Kalau ada bisikkan, saya cepat-cepat ingat isteri dan anak-anak," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: "Tak Perlu Lebih-Lebih Mesra Cari Keserasian" - Pesan Wawa Zainal Untuk Aeril Zafrel

Aeril dan Wawa ditemui pada majlis rumah terbuka Wawa Cosmetics di Bangi, baru-baru ini.
Istimewanya, rumah terbuka yang diadakan di premis niaganya itu dihadiri oleh lebih 500 tetamu terdiri daripada kenalan, rakan niaga dan pekerja Wawa Cosmetics.

Kifarah

Tambah Aeril, sepanjang 12 tahun bergelar suami isteri, semua perkara dilalui bersama tidak kira ketika susah mahupun senang.
Tidak mungkin untuk Aeril melupakan pengorbanan Wawa apatah lagi merosakkan kepercayaan selama ini.
Pada masa sama, dia juga percaya terhadap kifarah sehingga sentiasa mengingatkan diri agar menjadi ketua keluarga yang baik buat anak dan isteri.
“Wawa setia dengan saya selama ini dan sudah tentu saya selalu ingatkan diri supaya jangan buat hal, nanti kena kifarah.
“Kalau sekali terkhilaf, memang susah dapatkan kepercayaan kembali, belum lagi dapat kifarah. Jadi elakkan ‘nakal’,” ujarnya.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan empat cahaya mata.

PILIHAN PEMBACA: "Kalau Marah Macam Mana Pun, Saya Takkan Pernah Angkat Tangan" - Aeril Zafrel

BERITA TRENDING: "Perempuan Kat Luar Sana Jangan Merenyam!" - Wawa Zainal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar