gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Afiq Sky Syukur Ke Final Walaupun Diuji Masalah Suara - “Saya Bukan Siapa-Siapa, Hanya Seorang Busker”
HIBURAN
Aina Abdul Syukur Persembahan Di Konsert Melly Goeslaw Buka Mata Ramai – “Saya Rasa Saya Dah Lama Dibenci Semenjak…”
HIBURAN
Niat Nak Jumpa Idola Terbantut, Wanita Ditahan Selepas Cuba Ceroboh Kediaman Jungkook
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lepas Gegar Vaganza, ‘Job’ Ronnie Hussein Makin Rancak - “Jemputan Bertambah Jadi Double, Tak Sempat Nak…”

gempak
Umirah Halim
12/06/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Lepas Gegar Vaganza, ‘Job’ Ronnie Hussein Makin Rancak - “Jemputan Bertambah Jadi Double, Tak Sempat Nak…”
Penyanyi Ronnie Hussein meluahkan rasa syukur apabila kerjaya seninya kembali mendapat perhatian selepas penyertaannya dalam program realiti Gegar Vaganza (GV) tahun lalu.
Menurut Ronnie, perubahan paling ketara dapat dilihat menerusi jumlah undangan persembahan yang meningkat dengan drastik berbanding sebelum ini.
“Daripada segi undangan persembahan memang sangat drastik.
“Sebelum GV masih okay tetapi selepas program tersebut saya boleh katakan progres itu lebih nampak.
“Contoh dalam sebulan saya buat lapan persembahan, selepas GV jemputan itu bertambah jadi ‘double’,” katanya kepada Gempak.
Ronnie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Dadali ‘Sebuah Kisah’ Volume 1 yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, di sini, pada Rabu.
Bahkan, katanya lagi, buat pertama kali dalam beberapa tahun, dia tidak sempat berniaga di bazar Ramadan seperti kebiasaannya kerana terlalu sibuk memenuhi jemputan pentas.
“Setiap tahun kalau bulan puasa, saya akan berniaga di bazar Ramadan tetapi tahun ini saya tidak berniaga sebab saya sibuk dengan jemputan.
Alhamdulillah. Saya pun tidak sangka (banyak jemputan) sebelum dan selepas raya,” ujarnya.
Mengulas soal lagu baharu, Ronnie mengakui masih dalam fasa memilih karya terbaik untuk diketengahkan sebagai single solo.
“Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Nak kata rancak tidak juga.
“Saya sekarang masih lagi memilih (lagu). Kalau ikutkan lagu single terakhir saya sebelum masuk GV pada bulan 10 tahun lalu.
“Lagu itu untuk soundtrack drama dan saya rasa masih terlalu baru lagi.
“Lagu tersebut keluar ketika saya masih dalam GV jadi agak terbantut sikit promosinya,” katanya.
Menerusi perkembangan lain, Ronnie bakal muncul sebagai artis undangan dalam Konsert Dadali ‘Sebuah Kisah’ Volume 1 yang akan berlangung di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Julai 2025.
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza
#Job
#Rancak
#Hussein
#Ronnie
Must-Watch Video