gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Persiapan Hari Bahagia Dah 80 Peratus, Neera Azizi Mengaku Gementar - “Gaun Idaman Dah Siap, Tapi…”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Afiq Sky Syukur Ke Final Walaupun Diuji Masalah Suara - “Saya Bukan Siapa-Siapa, Hanya Seorang Busker”
HIBURAN
Aina Abdul Syukur Persembahan Di Konsert Melly Goeslaw Buka Mata Ramai – “Saya Rasa Saya Dah Lama Dibenci Semenjak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penyanyi Rap Malaysia Ditahan Di Laos Seludup 103 Bungkus Ganja

gempak
Gempak
12/06/2025
08:23 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Rap Malaysia Ditahan Di Laos Seludup 103 Bungkus Ganja
Tindakan berani mati seorang penyanyi rap tempatan dalam cubaan menyeludup 103 bungkusan ganja bersama dua rakannya yang lain berakhir dengan kegagalan apabila ketiga-tiga mereka kini ditahan oleh pihak berkuasa Laos.
Difahamkan, penyanyi yang juga anggota sebuah kumpulan rap tanah air itu ditahan sejak 27 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay selepas disyaki cuba menyeludup dadah tersebut ke Jerman.
Menerusi satu laporan di Laos, dalam satu operasi melibatkan pegawai kastam, penguatkuasa lapangan terbang dan agensi berkaitan lain, ketiga-tiga individu itu ditahan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.
Hasil pemeriksaan terhadap enam beg milik suspek, pihak berkuasa menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan di dalam bagasi mereka, dengan jumlah keseluruhan kira-kira 86 kilogram.
Difahamkan, suspek sedang bersiap sedia untuk menaiki penerbangan Thai Airways menuju ke Jerman, di mana dadah tersebut dipercayai akan dihantar.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa ketiga-tiga suspek kini ditahan dan akan didakwa mengikut prosedur undang-undang Laos dengan siasatan masih diteruskan.
Turut difahamkan, rampasan tersebut menyusuli beberapa insiden penyeludupan dadah yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay kebelakangan ini
Sumber: Utusan Malaysia
Topic Berkaitan
#Penyanyi Rap
#Malaysia
#Ganja
#Ditahan
#Seludup
#Laos
Must-Watch Video