HIBURAN
“Kalau Ada Yang Kata Sakit, Saya Hanya Minta…” - Dafi Jawab Dakwaan Sering Ke Hospital Sebab Hidap Kanser
Pernah dilihat semakin kurus sebelum ini, pelakon dan penyanyi Dafi bagaimanapun menafikan dakwaan dia menghidap kanser sel darah dan kini berdepan dengan masalah kesihatan.
Keadaan sihat
Bintang program realiti Akademi Fantasi musim kelima ini menegaskan dirinya kini dalam keadaan sihat dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Politik Bukan Dunia Dafi, Enggan Terlibat Isu Membabitkan Jovian Mandagie - “Saya Ambil Pendekatan Untuk…”
ARTIKEL BERKAITAN: Nina Ismail Sabri Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Bersama Hafiz Osman - “Abah, Kakak Dan Mommy Excited Nak Jumpa Baby HN”
ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia Melihat Nina Bersama Suami Baharu, Dafi Titip Pesanan Buat Abang Ipar - “Jaga Baik-Baik…”
“Sebelum ini saya kurus orang cakap ambil barang terlarang dan sebagainya. Dan sekarang ini, apa lagi yang mahu cakap?
“Kalau ada yang kata saya sakit, saya hanya minta doakan sahaja. Untuk sekarang ini, tiada benda yang saya mahu umumkan.
“Yang penting, sekarang ini saya semakin sihat dan berisi. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan,” kata Dafi kepada Gempak.
Dafi ditemui ketika malam gala filem Martabat Misi Berdarah yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pemeriksaan kesihatan
Didakwa sering dilihat berada di sebuah pusat perubatan, penyanyi berusia 36 tahun ini juga memberitahu dia ada membuat pemeriksaan kesihatan disebabkan penyakit asma.
"Pergi ke hospital itu normal, kadang-kadang ada saudara-mara masuk sana atau kawan-kawan yang buat pemeriksaan kesihatan.
"Saya sendiri tidak sihat, ada asma. Jadi, untuk ke hospital bukan satu benda yang pelik. Secara general, saya pergi hospital buat pemeriksaan kesihatan, itu pun setahun sekali.
"Saya bersyukur dan berterima kasih ramai yang risau dan bimbang dengan saya. Doakan kesihatan saya terus baik," ujarnya lagi.
Must-Watch Video