,
Laman Utama

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai

Mya Amri
21/03/2023
07:50 MYT
“Saya dah boleh tukar nama dalam kad pengenalan lepas ini kot,” seloroh pelakon Naim Daniel ketika ditanya mengenai nama wataknya iaitu Ayam dalam siri fenomena Astro Originals, Projek High Council (PHC).
Menjelaskan mengenai watak itu, Naim berkata dia tidak kisah sekiranya ada peminat yang memanggilnya dengan nama tersebut sebaliknya berasa gembira kerana dihargai.
“Semua orang panggil saya Ayam tapi bagi saya itu adalah perkara yang baik sebab saya percaya itu adalah cara mereka menyampaikan penghargaan terhadap kerja saya.
“Saya tidak marah sebab itu tandanya Ayam berjaya memberikan impak dan meninggalkan memori kepada peminat drama,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Naim juga turut melahirkan rasa terima kasih kepada peminat kerana naskhah Projek High Council diterima ramai.
“Sebagai anak seni, kita cuba untuk membuatkan orang di luar sana terkesan dengan gerak kerja kita.
“Jadi untuk saya, saya bangga mengatakan Ayam ini sampai bila-bila pun saya tidak kisah,” ujarnya.
Selain Naim, PHC yang kini menjadi antara drama kegilaan ramai turut dibintangi oleh Amir Ahnaf, Mierul Aiman dan Nadhir Nasar.
Kepada yang belum menonton drama fenomena ini, saksikan secara strim di Astro On Demand atau Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
08/08/2024
11:25 MYT
Setelah sekian lama menanti, akhirnya filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu Kahar Kapla High Council bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada November depan.
Filem

Astro Shaw Umum Watak Ikonik High Council Kembali Dalam Filam Kahar: Kapla High Council, Dedah First Look, Teaser Trailer & Teaser Poster

gempak
08/08/2024
02:14 MYT
Lima nama pelakon utama filem Kahar: Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu telah pun diumumkan pada bulan lalu.
Viral

Gagal Jawab Soalan Telur Atau Ayam Yang Wujud Dahulu, Lelaki Ini Dibunuh Rakannya

gempak
01/08/2024
23:55 MYT
Kejadian dilaporkan berlaku pada 27 Julai lalu.
Viral

Tikam Mati Kawan 15 Kali Gaduh Persoalan ‘Ayam Atau Telur Keluar Dulu’

gempak
31/07/2024
02:30 MYT
Seorang warga Indonesia menikam rakannya sehingga mati selepas bertengkar mengenai persoalan yang juga menjadi gurauan klasik sepanjang zaman.
Hiburan

X-Change: "Setiap Manusia Ada Tanggungjawab" - Rosyam Nor Akui Watak Yakob Dalam X-Change Sarat Nilai Kekeluargaan

gempak
30/07/2024
13:25 MYT
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, 57, mendedahkan bahawa watak gengster yang dibawakan di dalam siri terbaharu terbitan Astro Originals, X-Change mempunyai nilai tersendiri.