gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Festival Muzik EDM HardTech Gegar Sepang Sempena Minggu MotoGP!
BERITA
Saintis Temui Fosil Mamalia Terkecil Berusia 74 Juta Tahun
HIBURAN
Drama Pendek Merdeka 'Siapa Mati Dulu?' Bawa Mesej Perpaduan Dalam Elemen Komedi Seram
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Saintis Temui Fosil Mamalia Terkecil Berusia 74 Juta Tahun

Gempak
Gempak
13/08/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
Saintis Temui Fosil Mamalia Terkecil Berusia 74 Juta Tahun

Saintis menemui fosil mamalia kecil bersaiz tikus di Chile.

Yeutherium pressor seberat antara 30 dan 40 gram itu hidup ketika zaman Kapur Akhir, kira-kira 74 juta tahun lalu dan ia merupakan mamalia terkecil pernah dijumpai di Amerika Selatan sewaktu ia menjadi sebahagian daripada daratan benua digelar Gondwana.

Ketua Pasukan Saintis dari University of Chile dan pusat penyelidikan mamalia awal, Hans Puschel berkata, fosil itu terdiri daripada serpihan kecil rahang dan geraham.

Penemuan di Lembah Rio de las Las Chinas, wilayah Magallanes itu diterbitkan baru-baru ini menerusi jurnal saintifik Britain, Proceedings of the Royal Society B.

Meskipun ia mempunyai persamaan dengan tikus kecil, Yeutherium pressor ialah spesies mamalia yang bertelur seperti platypus dan membawa anaknya dalam kantung seperti kanggaru.

Bentuk giginya menunjukkan ia merupakan haiwan pemakan sayur-sayuran bertekstur agak keras dan dipercayai pupus kira-kira 66 juta tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Saintis
#Fosil
#Mamalia
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement