gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Festival Muzik EDM HardTech Gegar Sepang Sempena Minggu MotoGP!
BERITA
Saintis Temui Fosil Mamalia Terkecil Berusia 74 Juta Tahun
HIBURAN
Drama Pendek Merdeka 'Siapa Mati Dulu?' Bawa Mesej Perpaduan Dalam Elemen Komedi Seram
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Drama Pendek Merdeka 'Siapa Mati Dulu?' Bawa Mesej Perpaduan Dalam Elemen Komedi Seram

Amri Hassan
Amri Hassan
13/08/2025
14:37 MYT
Sponsor Banner
Drama Pendek Merdeka 'Siapa Mati Dulu?' Bawa Mesej Perpaduan Dalam Elemen Komedi Seram
Buat julung kali, Follow Me Malaysia mempersembahkan sebuah drama pendek istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 berjudul “Siapa Mati Dulu?”.
Menggabungkan elemen komedi seram, cinta tiga segi dan nilai persahabatan merentas bangsa serta zaman, karya ini membawa mesej perpaduan dalam gaya yang segar dan menghiburkan.
Di bawah arahan kreatif Raja Azrey, drama ini mengisahkan tiga sahabat sejak tahun 1998 Amalina (Didi Astillah), Rajoo (Thiyagu B), dan Tom (Chi Howe) yang kembali 'bersatu' pada tahun 2025, tetapi bukan sebagai manusia, sebaliknya sebagai roh.
Amalina kini menjadi pontianak, Rajoo menjelma sebagai hantu India dan Tom pula sebagai hantu Cina.
Kisah bermula di sebuah warung kecil pada 1998, di mana Rajoo jatuh hati pada nasi lemak Amalina, sementara Tom terpikat pada lemang masakan ayah Amalina.
Namun, persahabatan mereka tergugat akibat pertembungan kecil, walaupun bagi Amalina, kedua-dua jejaka itu hanyalah sahabat.
Peristiwa tragis yang menyusul kekal menjadi misteri selama 27 tahun, hingga akhirnya terjawab persoalan utama, siapa sebenarnya yang mati dahulu?
Selain watak utama, drama ini turut dibintangi Azlan Anwar, Evie Razwan, dan Zuan Mohamad yang membawa watak penting untuk menguatkan jalan cerita serta menambah sentuhan emosi dan humor.
Berdurasi 20 minit, “Siapa Mati Dulu?” bukan sekadar hiburan sempena Merdeka, malah sarat dengan mesej perpaduan, kasih sayang, dan toleransi antara kaum, disampaikan melalui sentuhan komedi santai yang dekat di hati penonton.
Mewakili Follow Me Malaysia, pihak penerbit menegaskan bahawa drama ini adalah usaha kecil untuk menyemarakkan semangat kebersamaan rakyat Malaysia.
“Kami berharap drama pendek ini mampu meninggalkan impak yang mendalam dan menyentuh hati penonton dari pelbagai latar bangsa.
"Perpaduan tidak terhenti di sini, malah terus menjadi panduan buat generasi muda akan datang. Kekal menjadi negara yang terus aman dan sejahtera," katanya.
“Siapa Mati Dulu?” ditayangkan secara rasmi bermula 8 Ogos 2025 di YouTube dan TikTok Follow Me Malaysia, bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Topic Berkaitan
#Viral
#Komedi
#Drama
#Raja Azrey
#Merdeka
#Seram
#Perpaduan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement