,
Laman Utama

Ramai Pelik Kenapa Lelaki Ini Selalu Ziarah Kubur Waktu Malam, Rupanya…

Asyikin Mayudin
03/09/2023
09:55 MYT
Perkongsian individu bernama Rahman Ismail di laman Facebook mengenai seorang lelaki kerap menziarahi kubur di Kampung Belemang, Serom 3 menarik perhatian umum.
Menerusi perkongsian itu, Rahman memberitahu adiknya yang menetap berdekatan perkuburan itu memaklumkan kerap melihat lelaki yang datang dari Kuala Lumpur itu berada di kawasan itu pada waktu malam.
“Saya dan adik pergi ziarah kubur arwah ayah kami di Kampung Belemang, Serom 3. Sewaktu kami tengah bersihkan kubur, terdengar suara lelaki baca yassin sangat jelas dari jauh.
“Adik saya ni memang duduk di area perkuburan ni. Adik saya kata sejak dua tiga bulan ni memang kerap laki ni datang ziarah kubur. Sampai ada satu hari tu pukul 8 malam, terpikir sejenak, berani betul budak ni dan membuat perasaan ingin tahu dan selepas kami kemas, adik saya masuk dalam kereta dan saya pergi ke lelaki tu.
“Saya bagi salam dan tanya dari mana. Rupanya dia ni buka orang Serom atau orang johor dia ni dari KL. Dari pandangan nampak dia ni orang yang have (berada) dengan kereta mewah,” kongsinya.
Apa yang membuatkan Rahman terkejut apabila individu itu memaklumkan dia datang menziarahi kubur arwah rakannya.
“Selepas tu saya tanya la kubur siapa ni? Tahu tak apa jawapan dia. ‘Ini kubur kawan saya’. Allah terkejutnya saya sebab saya ingat kubur mak dia ke, ayah dia ke atau keluarga dia ke.
“Sebab hampir setiap minggu siang malam ziarah kubur. Cuma saya tak tahu la kawan dia tu lelaki ke perempuan. Kebetulan adik saya pun keluar kereta dan datang sambil tanya ‘abang selalu juga datang saya nampak sampai ke malam’.
“Jawab dia ‘saya kalau ada kerja di johor mesti saya singgah, kadang-kadang sampai sini jam 11 malam pun pernah’. Allahu hebatnya kesetiaan persahabatan beliau.
“Tak lama lepas tu azan maghrib berkumandang. Dengan sopan dia cakap nak beransur (sambil mata berair melihat kubur). Hari ini Allah memberi kesedaran bahawa masih ada lagi manusia baik di muka bumi Allah ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rahman berkata dia tidak sempat bertanyakan nama individu tersebut dan memohon keizinan untuk berkongsi kisah tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Viral

Lelaki Selamba Kencing Depan Kedai Mixue

gempak
06/09/2024
07:25 MYT
Perbuatan seorang lelaki di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur yang selamba membuang air kecil di hadapan sebuah kedai mengundang kecaman orang ramai.