gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lana Condor Ajak Ross Butler Berlakon Bersama - “Mereka Tanya Saya…”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: ‘Terus Hidup’ Beri Tuah Untuk Aril Eles - “Mungkin Ini Satu Petunjuk…”
HIBURAN
Kak KM Nafi Anak Kena Reject, Siap Bayar Penalti - “Kenapa Ramai Yang Bengang, Tak Puas Hati?”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: ‘Terus Hidup’ Beri Tuah Untuk Aril Eles - “Mungkin Ini Satu Petunjuk…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
07/08/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: ‘Terus Hidup’ Beri Tuah Untuk Aril Eles - “Mungkin Ini Satu Petunjuk…”

Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Aril Eles mengakui lagu Terus Hidup nyanyian asal Aina Abdul menjadi antara lagu bertuah dalam perjalanan seninya, khususnya ketika menyertai pertandingan nyanyian.

Jelas Aril, lagu tersebut telah banyak membantunya menonjol dalam pelbagai pertandingan yang disertainya sebelum ini.
“Saya memang selalu bawa lagu ini ketika pertandingan karoke dan alhamdulillah lagu ini memberi rezeki untuk saya untuk menjadi juara serta mendapat tempat di pertandingan yang saya sertai.
“Mungkin ini menjadi satu petunjuk buat saya di pentas besar ini lebih-lebih lagi nyanyi di hadapan pemilik lagu itu,” katanya kepada gempak.
Dalam pada itu, Aril juga berkongsi dia tidak mahu mengubah terlalu banyak susunan lagu ikonik tersebut kerana mahu mengekalkan magis yang sudah diberikan oleh Aina Abdul dalam naskah itu.
“Saya tak pernah terfikir pun untuk simpan lagu Terus Hidup sampai minggu akhir, lagu itu sebenarnya sentiasa ada dalam list saya setiap minggu cuma tiada rezeki untuk saya nyanyikan.
“Saya juga selesa untuk bawakan lagu itu dah beberapa kali saya cover. Saya tahu kalau di Big Stage Alpha, Izat pernah bawa lagu ini dan dia tukar menjadi rock tapi saya tidak akan tukarkan kemerduan lagu itu namun saya cuba gabungkan beberapa arrangement lagu sebelum ini untuk nampakkan sedikit kelainan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Terus Hidup
#Raise The Star Malaysia
#Aril Eles
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement