HIBURAN
Kak KM Nafi Anak Kena Reject, Siap Bayar Penalti - “Kenapa Ramai Yang Bengang, Tak Puas Hati?”
Usahawan kontroversi, Kak KM atau Liana Rosli, 44, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan anaknya, Nabila Razman, tidak layak menjadi kru kabin di sebuah syarikat penerbangan di Singapura.
Kak KM menegaskan bahawa Nabila tidak diberhentikan kerja seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
“Kalau nak kata anak saya tak lepas sesi temuduga, maka dia tidak akan diberi tiket, hotel, makanan dan jadual ketika di sana.
“Setahu saya, kalau ada yang tidak terpilih mereka akan terus ditolak semasa sesi pemilihan di Kuala Lumpur lagi.
“Kalau anak saya kena reject takkan kami nak kena bayar penalti itu pula? Kenapa ramai yang bengang dan tak puas hati?” ujarnya.
Kak KM berkata demikian ketika ditemui pada sidang media cawangan terbaharu Kopi Saigon milik pelakon Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz yang berlangsung di MyTown, Cheras pada Rabu.
Sebaliknya jelas Kak KM, dia membayar sejumlah wang penalti kepada syarikat penerbangan tersebut demi membawa Nabila pulang semula ke pangkuannya.
“Saya berterus terang, kami memang bayar penalti sebab saya tak mahu anak saya kerja dekat sana.
“Tak ada masalah untuk bayar kerana saya mahu anak saya semula. Saya besarkan anak bukan untuk orang lain sesuka hati marahkan dia.
“Jadi kenapa bila saya hantar pergi kerja nak marah-marah dia pula? Tidak mengapa saya rugi sedikit untuk bayar, yang penting anak saya balik semula.
“Saya tak boleh kongsikan jumlah yang tepat kerana ada info yang perlu dirahsiakan. Saya hanya boleh katakan, maksimum yang perlu dibayar adalah RM50,000,” jelasnya.
Tambah Kak KM lagi, sebagai seorang ibu dia juga kurang senang melihat Nabila yang didakwa mendapat layanan kurang baik ketika di sana.
“Anak saya boleh sahaja untuk kerja dengan orang tapi dia sudah berusia 22 tahun, jadi kena cakap elok-elok dengan dia dan profesional sahaja.
“Memang saya yang salah minta dia berhenti kerja sebab saya tak sanggup dan bagi saya anak saya bukan untuk diperlekehkan.
Sementara itu, ibu kepada empat orang cahaya mata itu juga memaklumkan bahawa isu tersebut sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Nabila.
“Anak saya bukanlah sekuat saya, bila kena kecam pastinya dia akan rasa sedih. Tetapi saya ada menasihatinya.
“Layak atau tidak, sekali temuduga sahaja Nabila terus dapat, itu rezeki dia.
Terdahulu, Nabila memaklumkan sudah meletakkan jawatan sekaligus berhenti daripada menjalani latihan sebagai pramugari di Singapura.
Nabila menerusi hantaran di Instagram Story memberitahu dia tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat mengenai pekerjaannya berikutan terikat dengan polisi syarikat penerbangan tersebut.
Must-Watch Video