gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: ‘Terus Hidup’ Beri Tuah Untuk Aril Eles - “Mungkin Ini Satu Petunjuk…”
HIBURAN
Kak KM Nafi Anak Kena Reject, Siap Bayar Penalti - “Kenapa Ramai Yang Bengang, Tak Puas Hati?”
HIBURAN
Mierul Aiman Anggap Naskhah Filem & Drama Bukan Punca Gejala Buli - “Masyarakat Perlu Bijak Menilai...”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lana Condor Ajak Ross Butler Berlakon Bersama - “Mereka Tanya Saya…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
07/08/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Lana Condor Ajak Ross Butler Berlakon Bersama - “Mereka Tanya Saya…”
Pelakon Antarabangsa, Lana Condor meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang membintangi filem romantik bersama rakan baiknya, Ross Butler.
Menerusi satu temubual, Lana mendedahkan dia diberikan kebebasan untuk mencadangkan pelakon yang ingin digandingkan bersamanya dalam filem berkenaan.
“Saya benar-benar teruja apabila mendapat tawaran ini. Pada waktu itu watak saya belum pun dimuktamadkan, namun pihak penerbit dan pengarah sangat terbuka dan pemurah.

“Mereka bertanya jika saya ada sesiapa yang saya ingin bekerja bersama sebelum mereka memilih dari senarai mereka sendiri,”katanya.

Setelah diberikan kebebasan dalam memilih gandingannya, aktress yang terkenal dengan siri popular To All the Boys I’ve Loved Before terus menyebut Ross Butler.
Lana juga berkongsi bagaimana dia sendiri menghubungi pelakon itu untuk meyakinkannya menerima tawaran membintangi filem tersebut.
“Saya telefon Ross dan cuba ‘jual’ idea tentang filem ini kepadanya. Kami berdua tahu projek ini bakal membawa kami ke ruang lakonan yang belum pernah kami terokai bersama,” jelasnya.
Pada masa sama, Ross turut berkongsi pengalaman unik mereka sewaktu penggambaran terutama ketika mereka perlu menjayakan babak romantik.

“Kami seperti abang dan kakak. Sering mengusik dan sengaja mencipta suasana janggal antara satu sama lain.

Jadi, apabila tiba hari pertama kami perlu bercium di set, kami hanya mampu berkata, ‘Inilah masanya’,” ujar Ross berseloroh.
Comel kan Lana Condor dan Ross Butler ni! Jadi, jangan lupa untuk tonton filem Worth The Wait di pawagam mulai hari ini!

BERITA BERKAITAN: 9 Lokasi Ikonik Di Sekitar Kuala Lumpur Dalam Filem Hollywood Worth the Wait

BERITA BERKAITAN: Gabungan Sung Kang, Lana Condor & Ross Butler Dalam Filem Worth The Wait Jadi Perhatian Ramai

BERITA BERKAITAN: Ross Butler Kongsi Cabaran Berlakon Di Malaysia - “Perkara Paling Sukar Adalah…”

BERITA BERKAITAN: Hanya Lima Hari Setiap Pelakon, Tom Lim Hadapi Tekanan Masa Ketika Arah Worth The Wait - “Setiap Pelakon Hanya Boleh..."

Topic Berkaitan
#Berlakon
#Ajak
#Worth The Wait
#Lana Condor
#Ross Butler
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement