HIBURAN
Kecoh Kereta Kena 'Towing', Shuib Enggan Layan Komen Bukan-Bukan Netizen - "Saya Tak Mahu Panjang Cerita..."
Pelawak , Shuib menjelaskan kereta miliknya yang baru ditemui itu ditunda oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berpunca daripada kesalahan meletakkan kenderaan itu.
Jelas Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 41, enggan mengulas isu tersebut kerana kenderaan itu ditemui dalam keadaan yang baik.
“Kereta itu ‘misplace’ (salah letak) sahaja sebenarnya, saya tak mahu panjangkan ceritanya.
“Hanya ‘misplace’ sahaja dan sekarang sudah dijumpai. Di seksyen berapa saya tak ingat, tapi ini hanya salah parkir sahaja.
“Kereta okay dan sudah dapat. Mamat yang beritahu saya kereta itu ada di MBSA,” katanya kepada Gempak.
Shuib berkata demikian ketika ditemui sidang media program terbaharu terbitan Astro, Talk To My Manager di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengenai keprihatinan orang ramai yang turut membantu mencari kenderaan itu, Shuib berkata, rakyat Malaysia memang dikenali dengan sikap sebegitu.
Biarpun ada pelbagai spekulasi mengenai isu penarikan kereta berkenaan, Shuib berkata, dia tidak dapat lari daripada andaian orang ramai.
“Orang hendak tolong carikan sebab rakyat Malaysia memang prihatin.
“Untuk yang kecam dan beri pelbagai andaian itu macam mana lagi, hadap sahaja. Saya okay sahaja. Itu kereta untuk hantar anak ke sekolah,” jelasnya.
Terdahulu, melalui perkongsian di Instagram (IG), Shuib memaklumkan kereta berkenaan hilang di satu kawasan parkir di Shah Alam.
Shuib berkata, kejadian itu berlaku ketika dia baru selesai berurusan di Mahkamah Shah Alam.
Shuib yang terkejut memaklumkan, dia tidak pasti sekiranya kereta miliknya itu ditarik atau hilang dicuri, selain meminta bantuan orang ramai untuk mencari kereta miliknya itu.
BERITA BERKAITAN: Rindu Nak Timang Cahaya Mata, Netizen Berdoa Buat Watie Hanafiah - “Lepas Ni Kembar…”
BERITA BERKAITAN: Isteri Shuib Kongsi Berita Sedih Mengalami Keguguran Di Hari Ibu - “Saya Dapat Petanda Dari Mimpi”
BERITA BERKAITAN: Shuib Bangga Dengan Thalita, Anggap Suara Anak Sama Macam Arwah Siti Sarah - “Kalau Ibu Ada Hari Ini, Dialah Manusia Paling…”
Must-Watch Video