,
Viral

Polemik Dengan Bekas Isteri Masih Membara, Adik Iqbal Zulkefli Mohon Doa Dari Netizen

Gempak
22/04/2024
07:55 MYT
Adik kepada usahawan Iqbal Zulkefli iaitu Ahmad Weldan Zulkefli memohon bantuan doa daripada netizen susulan polemik yang melanda dia dan bekas isteri selepas bercerai pada penghujung tahun lalu.
Weldan menerusi hantaran di TikTok berkata, dia memohon orang ramai mendoakan dirinya agar dapat meneruskan perjuangan demi masa depan diri dan anak-anak.

Mohon doa

“Mohon doakan Weldan semoga dalam keadaan yang stabil. Tolong tinggalkan doa yang baik di ruangan komen,” tulisnya ringkas pada kapsyen video yang dimuat naik.
Meninjau ruangan komen, ramai yang dilihat memberi semangat kepada usahawan muda itu.
Terdahulu, Iqbal memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas adik iparnya, iaitu bekas isteri Weldan kerana dakwaan memburukkan namanya.

Tindakan

Iqbal berkata, tindakan tersebut diambil selepas bekas adik iparnya itu tanpa henti menyebarkan tuduhan tidak berasas dan menghina dia dan adiknya.
Iqbal turut mendakwa mempunyai bukti yang bekas adik iparnya itu berlaku curang, selain mendakwa wanita berkenaan menukar nama dalam syarikat kepada pemilikan berseorangan.
@ahmadweldan15
MOHON DOAKAN WELDAN SEMOGA DALAM KEADAAN YANG STABIL. TOLONG TINGGALKAN DOA YANG BAIK DI RUANGAN KOMEN ??♬ original sound - ahmadweldan Untuk rekod, Weldan dan bekas isteri berkenaan mendirikan rumah tangga pada 29 Februari 2021 dan bercerai pada 23 November 2023.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 2 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Rakam Lagu Raya Tapi Bajet Cuma RM200,000, Iqbal Harap Tak Ada Komposer Ambil Kesempatan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]: Kos Sekitar RM20,000, Iqbal Tunjuk Proses Telan Belon Untuk Kurus - “15 Hari Tanpa Makanan Pepejal”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar