gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sering Dikaitkan Dengan Isu Penyalahgunaan Dadah, Yassin Senario Tak Kecil Hati - “Saya Akan Salahkan Diri Sendiri…”
HOLLYWOOD
Bekas Kekasih Dakwa Lily Allen Busuk: “Itu Satu Bentuk Penderaan…”
HIBURAN
Buktikan Siapa Lebih Bagus, XPDC Ajak Satu Pentas - “Kita Panggil Pengadil Datang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Duit Dia Memang Banyak, Tak Payah Sugar Daddy Bela Dia" - Risteena

Amri Hassan
Amri Hassan
30/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
"Duit Dia Memang Banyak, Tak Payah Sugar Daddy Bela Dia" - Risteena
Pelakon Nur Risteena tampil memberikan pandangan berhubung kemelut yang sedang hangat melibatkan adiknya, Ruhainies, yang difitnah punyai 'sugar daddy'.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story, Risteena menjelaskan bahawa meskipun kes itu bukan melibatkan dirinya secara langsung, namun dia sudi membantu sekadar termampu.

“Ada yang komen Ruhainies ada sugar daddy then #ytjt. Saya sebenarnya teringin nak jumpa dia, tapi terpulanglah kalau Ruhainies pilih Aunty Shazriza untuk berjumpa.

"Dia pun macam duduk satu rumah. Kita orang family ni yang tahu dia kerja keras macam mana. Duit dia memang banyak. Tak payah sugar daddy bela dia,” tulisnya merujuk kepada salah seorang individu yang terlibat dalam isu terbabit.

Risteena turut mengingatkan bahawa selama ini mereka banyak berdiam diri terhadap pelbagai komen jahat dan tuduhan tidak berasas, namun tindakan kali ini perlu diambil untuk memberi mesej jelas bahawa fitnah tidak boleh dipandang ringan.

“Cuma kali ni kita buat je sekali. Percayalah, next time dah takde lagi komen bukan-bukan. Kalau kita biar lagi kali ni, kita akan terus dibuli. Kali ni kita tak nak lepas lagi supaya orang lain pun takkan komen simply lagi dah.

“Kalau kita tak ambil tindakan, orang akan fikir benda ni betul. Kita kena fight untuk diri kita dari difitnah okey,” katanya lagi.


Terdahulu, Ruhainies melalui kemaskini akaun Instagramnya bertegas akan membuat laporan polis terhadap individu yang memfitnahnya 'dibela' sugar daddy.
Topic Berkaitan
#Viral
#Ruhainies
#Risteena
#Fitnah
#Sugar Daddy
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement