gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kes Zara Qairina: "Masih Ada Buat Fitnah Terhadap Kami" – Mustapha Sakmud
HIBURAN
Sering Dikaitkan Dengan Isu Penyalahgunaan Dadah, Yassin Senario Tak Kecil Hati - “Saya Akan Salahkan Diri Sendiri…”
HOLLYWOOD
Bekas Kekasih Dakwa Lily Allen Busuk: “Itu Satu Bentuk Penderaan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Siti Saleha Umum Hamil Anak Pertama - “Kami Dah Lama Simpan Rahsia”

Umirah Halim
Umirah Halim
30/07/2025
02:25 MYT
Sponsor Banner
Siti Saleha Umum Hamil Anak Pertama - “Kami Dah Lama Simpan Rahsia”
Selepas beberapa bulan menjadi teka-teki, pelakon Siti Saleha akhirnya berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan pertamanya bersama suami tercinta, Joshua Fitton.
Menerusi satu hantaran video di Instagram hari ini, Saleha memuat naik video yang memaparkan keputusan imbasan kehamilan sambil berpelukan mesra dengan Joshua.
View this post on Instagram
A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)
“Kami dah lama simpan rahsia,” katanya.
Menerusi kapsyen yang ditulis secara bersahaja, Saleha turut berseloroh tentang bentuk perut suaminya yang seakan-akan sama dengannya.
“Josh banyak makan dan perutnya kembung. Jadi saya mahu sepadankan dengan perut dia,” tulisnya.
Ruang komen dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut yang rata-rata meluahkan rasa gembira dan mendoakan urusan kehamilan pelakon berusia 34 tahun itu dipermudahkan.
Sebelum ini, dalam satu temu bual bersama media, Saleha pernah memberitahu bahawa dirinya masih belum bersedia untuk mengumumkan sebarang berita mengenai kehamilan.
Namun, pelakon 7 Hari Mencintaimu itu juga memaklumkan akan mengambil tempoh rehat panjang, seolah-olah memberi bayangan sedang menanti cahaya mata.
Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun menyulam cinta.
Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian selepas empat tahun.
Topic Berkaitan
#Hamil
#Siti
#Anak Pertama
#Saleha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement