gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kes Zara Qairina: "Masih Ada Buat Fitnah Terhadap Kami" – Mustapha Sakmud
HIBURAN
Sering Dikaitkan Dengan Isu Penyalahgunaan Dadah, Yassin Senario Tak Kecil Hati - “Saya Akan Salahkan Diri Sendiri…”
HOLLYWOOD
Bekas Kekasih Dakwa Lily Allen Busuk: “Itu Satu Bentuk Penderaan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Netizen Dakwa ‘Bella’ Yang Mula Kaitkan Isu Sugar Daddy, Ruhainies Minta Bukti - “Betul Ke Dia Ada Cakap Macam ini?”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
30/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Dakwa ‘Bella’ Yang Mula Kaitkan Isu Sugar Daddy, Ruhainies Minta Bukti - “Betul Ke Dia Ada Cakap Macam ini?”
Pelakon Ruhainies memuat naik paparan skrin komen netizen yang mendakwa maklumat mengaitkan dirinya dengan ‘sugar daddy’ itu datang daripada individu bernama ‘Bella’.

Netizen dakwa 'Bella'

Menerusi Instastory, terdapat dua komen daripada netizen yang mendakwa ‘Bella’ terlebih dahulu ‘spill the tea’ mengenai dakwaan tersebut.

“Bella pernah spill dulu. Dia ni dijaga kata job atau berniaga tak ada rasanya. Keluarga pun biasa,” tulis netizen pertama.

“Kalau dia nak saman orang tuduh dia ada yang bela. Awal-awal dia saman Bella sebab Bella kan pernah spill the tea,” dakwa netizen kedua.

Minta tunjuk bukti

Pada perkongsian yang sama, Ruhainies mempersoalkan kesahihan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai menunjukkan bukti jika benar kenyataan itu pernah dibuat secara umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah Ada ‘Sugar Daddy’, Ruhainies Bakal Buat Laporan Polis - “Saya Bersumpah Demi Allah, Tak Pernah…”

“Bella mana ni? betul ke dia ada cakap macam ni? Saya baca dekat mana mana ramai mention macam ni.

“Ada sesiapa boleh kongsikan kalau ada video atau statement tentang ni? Sebab bersepah statement macam ni di mana-mana dalam social media.

“Saya nak tahu adakah sekadar nak melagakan atau memang ada statement seperti ini dibuat umum. thank you,” katanya.
Sebelum ini, seorang wanita meninggalkan komen pada sebuah hantaran dengan mendakwa Ruhainies mendapat elaun bulan daripada ‘sugar daddy’.
Ruhainies turut mendedahkan wajah dan meminta orang ramai membantunya mencari individu tersebut sebelum si pelaku memohon maaf secara peribadi kepadanya.
Bagaimanapun, Ruhainies nekad membuat laporan polis berhubung perkara itu demi membersihkan namanya selepas dimalukan secara terbuka.
Topic Berkaitan
#Ruhainies
#Netizen
#Bella
#Bukti
#Sugar Daddy
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement