gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bapa Pijak, Pukul Anak Usia 22 Bulan Ugut Isteri Lari Rumah Pulang
BERITA
30​ Tahun Berbakti, Guru Hanya Terima Gaji RM83 Tiga Bulan Sekali
HIBURAN
Juicy Luicy Bakal Hangatkan RIF 2025 Ogos Ini, Barisan Artis Fasa Kedua Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Perompak Belasah, Simbah Peluntur Kepada Pempengaruh

Maliah Surip
Maliah Surip
08/07/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Perompak Belasah, Simbah Peluntur Kepada Pempengaruh
Seorang pempengaruh dari Perancis berdepan detik buruk apabila dua orang perompak memasuki kediamannya. Dia bukan hanya dirompak tetapi telah dibelasah dengan teruk, disimbah peluntur dan dipercayai dirogol.
Menerusi laporan Daily Mail, Soraya Riffy, 30, mengalami kecederaan dan tidak dapat mengingati kejadian yang telah berlaku kepadanya sewaktu dua perompak bersenjata memecah masuk ke rumahnya di Marseille pada hujung minggu lalu.
Namun wakil Riffy percaya wanita yang terkenal dengan perkongsian fesyen dan kecantikan itu telah dibelasah dan dirogol oleh perompak. Dia juga mendakwa Riffy ‘hilang ingatan’ dan tidak dapat menceritakan detik ngeri yang telah dilaluinya.
“Mereka ikat dia, memukul dengan menggunakan pemotong kotak dan mengugut untuk membunuhnya. Dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian hidung dan tubuh badannya menjadi bukti kes jenayah tersebut,” ujar wakilnya menerusi Instagram.
Antara barangan yang hilang adalah gelang jenama Cartier, kunci kereta, dua beg jenama mewah dan jam tangan Rolex yang dipakai sewaktu insiden berlaku.
Kenyatan itu juga menyebut: “Menerusi beberapa pemeriksaan daripada doktor, dia mungkin telah dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri.”
Menurutnya lagi, Riffy diserang hanya selepas dua minggu melahirkan kebimbangan akibat menerima ugutan dan telah memaklumkan pihak berkuasa mengenainya.
Topic Berkaitan
#Perompak
#Belasah
#Pempengaruh
#Simbah Peluntur
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement