HIBURAN
Pelakon Popular Ditahan Seludup Emas Lebih RM6 Juta
Aktres India, Ranya Rao, ditahan kerana disyaki menyeludup 14.8 kilogram emas bernilai 125 juta rupee (RM6.3 juta) di dalam pakaian yang diubah suai semasa penerbangan pulang dari Dubai ke India.
Memetik laporan Business Standard, penangkapan Rao berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bengaluru pada Ahad lalu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, penyeludupan itu terbongkar selepas melihat aktiviti Rao yang terlalu kerap melakukan perjalanan ke Dubai iaitu sebanyak 30 kali pada 2024.
Malah, dia turut pergi ke Dubai sebanyak 4 kali dalam tempoh 15 hari dalam tahun ini.
“Setiap perjalanan ke Dubai, suspek dipercayai menyeludup beberapa kilogram emas ke India dan memperoleh bayaran antara 1.2 juta rupee (RM60,970) hingga 1.3 juta rupee (RM66,061).
“Selain jaket, Rao turut menggunakan tali pinggang direka khas untuk membolehkannya menyeludup emas tanpa dikesan.
“Kami mengesyaki Rao dibantu oleh polis tempatan,” kata polis.
“Siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti sama ada Rao bertindak sendirian atau merupakan sebahagian daripada sindiket penyeludupan emas yang lebih besar,” tambahnya.
Rao kini ditahan di Penjara Pusat Parappana Agrahara.
Kejadian ini mengejutkan orang ramai kerana dia bukan saja seorang selebriti, malah anak tiri kepada pegawai kanan polis.
ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Kes Bunuh Norshamira Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000
ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Produk Kecantikan Suka Tayang Emas Ditahan
Must-Watch Video