,
Laman Utama

"Orang Yang Curang, Susah Mengaku Salah" - Fadzilah Kamsah

Amri Hassan
09/01/2023
02:55 MYT
"Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah," demikian pandangan daripada pakar motivasi terkenal Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.
Kata Fadzilah, pelaku akan seboleh-bolehnya cuba meletakkan kesalahan pada orang lain bagi mengelakkan dirinya.
"Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain. Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara. Ada ke patut?
"Ketahuilah bahawa mereka yang curang ni tak tunggu kita buat salah," tambahnya.
Bercakap menerusi pengalaman, tambah Fadzilah yang membahasakan dirinya Tok Abah, individu yang curang dengan pasangan adalah memilih untuk bertindak sedemikian tanpa perlu paksaan.
"Banyak kes yang Tok Abah kendalikan ,orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect. Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
"Maka, jangan pernah rasa down atau rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang. Itu bukan salah kita, itu realitinya salah pasangan sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan.
"Memilih untuk menyembunyikan, memilih untuk buka hati pada pihak ketiga, memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga. Semua itu pilihan.
"Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumahtangga yang dibina.
"Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah," pesannya panjang lebar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar