HIBURAN
Norkhiriah Kongsi Detik Seram, Bau Kapur Barus ‘Ikut Balik’ Dalam Kereta - "Seolah Macam Nak Suruh Accident..."
Pelakon Norkhiriah berkongsi pengalaman menyeramkan ketika 'diekori' bau kapur barus ketika memandu di satu lebuh raya di ibu kota.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khiriah memberitahu dia menjadi lebih panik apabila segala usahanya untuk bertenang tidak berhasil.
"Bau kapur barus baru ikut balik. Korang boleh bayangkan, sorang-sorang bawa kereta, hujan, jem teruk. Tiba-tiba bau kapur barus melekat kat hidung. Baru jadi tadi, bukan tengah malam pun tapi tengah jalan.
"Nak berhenti celah mana? Jammed gila. Nak tak nak teruskan juga bawa kereta. Memang tak pandang dah cermin belakang. Jantung laju macam nak terbang. Lutut gigil.
"Bau makin lama makin kuat tapi tak busuk. Last-last buka lampu, buka tingkap. Dada melekat kat stereng pasal membongkok bawa kereta. Seram wei. Sampai lebuh raya Duke bau hilang. Hampir sejam berlawan dengan bau.
"Tarik nafas, senyum, zikir. Dari lapar terus kenyang," kongsinya.
Tambah Khiriah lagi, dia tiada jawapan dari mana datangnya bau tersebut dan hanya berserah pada Allah sepanjang perjalanannya.
"Sampai sudah tak tahu dari mana datangnya bau tu, tapi seolah-olah macam nak suruh accident. Bau tu datang dan pergi. Tak kira buka tingkap atau pasang lampu, bau tetap ada. Walaupun dah pasang ngaji, tetap tak hilang.
Dia juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa bertenang dan tidak panik jika berdepan situasi pelik sebegitu, serta mencadangkan supaya berhenti di tempat selamat sebelum menyambung perjalanan.
"Sampai sudah tak tahu dari mana datangnya bau tu, tapi seolah-olah macam nak suruh accident. Bau tu datang dan pergi. Tak kira buka tingkap atau pasang lampu, bau tetap ada. Walaupun dah pasang ngaji, tetap tak hilang.
“Tawakal je lah. Alhamdulillah sampai rumah juga walaupun dok fikir mana datangnya bau tu. Harap tak ada apa-apa yang tak baik jadi. Lepas ni naik Grab jelah," tambahnya.
Must-Watch Video