,
Hiburan

Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

Firdaus
11/09/2024
09:47 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan perpisahan yang berlaku antara dia dan bekas suami sebelum ini bukanlah di atas kerelaan dirinya.

BERITA TRENDING: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video

Menurut Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Haji Wan Ariffin mendakwa bekas suaminya, Dr Rushdi Ramli menerima satu panggilan untuk menceraikan Nora.
“Perceraian itu berlaku di hadapan saya dan memang secara paksaan.
“Pada ketika itu kami baru selesai solat Subuh dan bekas suami mendapat panggilan telefon untuk melepaskan saya.
“Saya memang terkejut, lidah kelu dan mempersoalkan apa salah saya? Tetapi saya tahu apa kandungan perbualan panggilan telefon itu,” katanya.
Bercerita lebih lanjut berkaitan spekulasi bahawa perceraian tersebut berlaku atas faktor ugutan, pelantun lagu Naluri itu tampil menangkis dakwaan tersebut.
“Tiada unsur ugutan seperti pistol dan pisau seperti didakwa ramai sebelum ini. Saya tahu situasi sebenar, jadi memang bukan salah dia.
“Biarlah, perkara itu sudah berlalu. Saya pun sudah minta maaf dengan Dr. Rushdi sebab muat naik konten tersebut, memang akui salah sendiri sebab terlalu beremosi ketika itu.
“Dia pun sudah maafkan juga dan faham situasi serta emosi saya pada waktu tersebut. Saya juga manusia biasa dan tak lari daripada melakukan kesilapan.
“Hubungan kami okey, tidak bergaduh pun mahupun berdamai,” jelasnya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BSYNCLIVE, Kuala Lumpur.
Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu menerusi satu video berdurasi 52 saat dalam Instagram.
Bagaimanapun, Nora berkata perceraian tersebut berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Selepas video itu tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suaminya serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendak suaminya.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik arwah suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

BERITA TRENDING: “Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab”- Nora Ariffin

BERITA TRENDING: "Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada

BERITA TRENDING: “Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar